Wednesday, October 10, 2012


Kecoh apabila Datuk M. Nasir dikatakan telah menyanyikan lagu Panji Keadilan. Ianya berpunca daripada video Lagu Keadilan: Panji Keadilan yang telah dimuat naik oleh Azmin Ali (PKR) ke laman Youtube minggu lalu.

Walaupun tiada nama M.Nasir sebagai penyanyi dalam deskripsi video tersebut, akan tetapi boleh didengar dengan jelas ianya merupakan suara ikonik M. Nasir. Lagu ini pula dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.

M. Nasir telah dikutuk sebagai tidak mengenang budi dan tidak tahu diuntung hanya kerana menyanyikan lagu tersebut. Sehingga ke hari ini masih tiada komen dari M. Nasir berhubung video tersebut.

Ini adalah video yang dimaksudkan..




Sementara itu, lawak kartun di bawah pula menunjukkan M. Nasir mungkin akan digam oleh Rais Yatim kerana tidak selagu dengan beliau.. Layan!


Suara13: Tanya sama itu hud-hud..


0 comments:

Post a Comment