Wednesday, October 24, 2012

15 Kelebihan Sujud Dari Sudut Kesihatan


Bersujud baik dari sudut kesihatan menurut Prof Zulkifli Abd Kadir dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ada beberapa unsur positif yang insyaAllah boleh diperolehi apabila kita bernafas semasa sujud. Ianya adalah seperti berikut:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia. (burut)

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru – paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastic, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13. Mengurangkan kegemukan.

14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. Ini mengelakkan pendarahan otak jika tiba – tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment