Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Monday, December 24, 2012


Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, dalam salah satu bukunya menyatakan dengan tegas bahawa, "Antara Israel (Yahudi) dengan Syiah tidak pernah ada masalah. Justeru musuh kami yang hakiki adalah sel-sel organisasi 'pengganas' Palestin, dan orang-orang Syria yang banyak membantu organisai-organisasi 'pengganas' ini! "


Dalam buku, Sharon mengeluarkan sebuah buku yang berjudul "Warrior", dia menulis bahawa Syiah mungkin sudah seperti saudara sendiri bagi Israel. Ap alagi dalam judul buku disebutkan "Aku akan bercakap tentang orang-orang yang aku cintai."

Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Kuasanya sebagai perdana menteri kemudian digantikan oleh Perdana Menteri (sementara) Ehud Olmert kerana terkena serangan stroke pada Januari 2006. Dia mengalami koma dalam waktu yang lama sehingga tidak mungkin untuk kembali menjalankan tugas-tugas sebagai pemimpin kerajaan.

Dia lahir di Kfar Malal (Mandat British Palestin) dan tampil sebagai pemimpin politik dan tentera berbangsa Israel. Sharon juga pernah menjadi pemimpin Likud, parti terbesar dalam gabungan kerajaan dalam parlimen Israel, Knesset, sehingga dia mengundurkan diri dari parti tersebut pada 21 November 2005. Dia kemudian membentuk parti baru bernama Kadima.


Selama tiga puluh tahun Sharon berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Israel. Pangkat tertingginya ialah Mejar Jeneral. Dia menjadi terkenal di Israel kerana penglibatannya dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.

Ariel Sharon juga bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan Qibya pada 13 Oktober 1953 di mana ketika itu 96 orang Palestin dibunuh oleh Unit 101 yang dipimpinnya dan pembunuhan Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982 yang mengakibatkan antara 3000 hingga 3500 orang terbunuh, sehingga dia digelar sebagai 'Tukang sembelih dari Beirut '.

Read More

Friday, December 21, 2012

Piltdown Man: Pembohongan Evolusi Manusia


Pada tahun 1912, Charles Dawson, seorang doktor terkenal yang juga merupakan ahli paleontologi amatur, mendakwa telah menemui satu tulang rahang dan serpihan tengkorak dalam sebuah lubang batu berhampiran desa Piltdown di England. Walaupun tulang rahang menyerupai beruk, tetapi gigi dan tengkoraknya menyerupai manusia.

Spesimen ini diberi nama Manusia Piltdown (Piltdown Man), dianggarkan berumur 500,000 tahun, dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi yang paling kukuh. Selama kira-kira 40 tahun, ia menjadi subjek kepada banyak kertas kerja saintifik, analisis dan pembinaan semula. Kira-kira 500 ahli akademik dari pelbagai universiti di seluruh dunia menyediakan tesis kedoktoran berdasarkan subjek Piltdown Man ini. 1br />
Dalam satu lawatan ke Muzium British pada tahun 1935, seorang ahli paleontologi tersohor Amerika bernama H.F. Osborn mengisytiharkan bahawa manusia Piltdown adalah "satu penemuan yang amat luar biasa tentang pra-sejarah manusia, dan menambah "Kita perlu selalu diingatkan bahawa alam penuh dengan paradoks... " 2

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley dari Jabatan Paleontologi Muzium British memohon kebenaran untuk melaksanakan teknik pentarikhan baru menggunakan ujian fluorida pada beberapa fosil lama. Ujian ke atas Manusia Piltdown telah mendedahkan bahawa tulang rahangnya tidak mengandungi fluorida. Ini menunjukkan bahawa ia berada di bawah tanah tidak lebih daripada beberapa tahun. Bahagian tengkorak juga mengandungi tahap fluorida yang rendah, menjadikannya berusia sekadar beberapa ribu tahun sahaja.

Kronologi siasatan selanjutnya yang dilakukan berdasarkan kaedah fluorida mengesahkan bahawa tengkorak berkenaan hanya berusia beberapa ribu tahun. Turut dibongkar ialah giginya telah digosok, serta artifak kuno yang ditemui bersama fosil tersebut hanyalah bikinan semula yang dibuat dengan perkakasan keluli moden. 3

Piltdown Man yang mula ditemukan oleh Charles Dawson pada tahun 1912 diterima sebagai satu penemuan ‘rantaian hilang’ yang hebat oleh golongan evolusionis. Mereka telah menipu dunia selama lebih kurang 40 tahun sebelum pembohongan ini dibongkar sepenuhnya oleh Joseph Weiner pada tahun 1953.

Dengan analisis terperinci yang dilakukan oleh Weiner, penipuan ini terbongkar sepenuhnya pada tahun 1953. Tengkorak itu berusia 500 tahun dan milik manusia, manakala tulang rahangnya adalah kepunyaan orang utan yang baru mati! Gigi tersebut sebenarnya telah ditambah dan sambungannya digosok untuk memberi gambaran yang ianya gigi manusia. Kemudian, semua bahagian telah dilumuri kalium dikromat untuk menjadikannya kelihatan usang. Apabila tulang tersebut diletakkan di dalam asid, lumuran itu pun hilang.

Le Gros Clark, seorang daripada pasukan yang membongkar penipuan tersebut, tidak mampu menyembunyikan rasa hairannya: "bukti lelasan tiruan segera muncul di depan mata. Hakikatnya, ia terlalu ketara sehinggakan dapat dipersoalkan – kenapa mereka gagal mengesannya sebelum ini?"4

Piltdown Man yang telah dipamerkan selama lebih kurang 40 tahun sebelum ini kemudian pantas dikeluarkan dari Muzium British.

1 Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids: Eerdmans, 1980, hal. 59.
2 Stephen Jay Gould, "Piltdown Revisited," Natural History, March 1979, hal. 98.
3 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark & J. S, "Piltdown," Meydan Larousse, Vol. 10, hal. 133.
4 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly," New Scientist, hal. 444.

http://silverheritage.blogspot.com/
Read More

Thursday, December 13, 2012

Info, Antara Hasil Nadir Bumi Dari LYNAS



Artikel di bawah adalah mengenai beberapa hasil-hasil output dari nadir bumi yang diproses. Sejauh mana kita bersedia menghadapi kesan-kesan yang mungkin terjadi jika sebarang langkah pencegahan gagal dilakukan...?

-------

Lantanid mengandungi 15 elemen seperti lantanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium dan lutetium.

Semua elemen ini sangat berguna kepada manusia.

Tetapi dalam proses untuk mengasingkan elemen-elemen ini,asid sulfurik digunakan dalam kuantiti yang banyak. Asid sulfurik bersifat mengkakis. Risiko pendedahan kepada penduduk tempatan rendah kecuali ada lori yang membawa asid ini terbalik. Bekerja dengan asid sulfurik pula sangat bahaya.

Kabus asid sulfurik diketahui sebagai penyebab kanser terutamanya kepada larinks.

Bagaimana sisa asid sulfurik dilupuskan? Adakah ia dihantar ke Kualiti Alam di Negeri Sembilan? Adakah ia dibuang ke Sungai Balok?

Hasil utama lantanid ialah lantanum. Lantanum digunakan untuk pengeluaran bateri NiMH (Sebuah kilang bateri hampir siap di Seremban. Adakah ia menggunakan lantanum dari kilang Lynas di Gebeng sebagai bahan mentah?)Habuk lantanum berisiko untuk menyebabkan penyakit pneomoconiosis. Bagaimanakah habuk dari kilang Lynas dikawal dari merebak ke penduduk Kuantan?

Produk sampingan dalam pengeluaran lantanum ialah thorium.Thorium ini bersifat radioaktif. Thorium menjadi sumber bahanapi kepada reaktor nuklear. Setakat ini tiga buah reaktor nuklear di India, Jerman dan USA menggunakan thorium sebagai bahanapi.

Perkara yang boleh dibincangkan ialah bagaimana lumpur yang mengandungi thorium akan disimpan? Lumpur itu akhirnya akan diproses juga untuk mendapatkan thorium. Adakah fasiliti memproses lumpur yang mengandungi thorium akan dibina di sekitar Gebeng?

Adakah Kuantan bakal menjadi pengeksport thorium yang terbesar di dunia? Adakah thorium itu akan digunakan dalam negara untuk menjalankan reaktor nuklear kepunyaan Malaysia? Bilakah Malaysia bakal mempunyai reaktor nuklear yang menggunakan thorium sebagai bahanapi? Adakah reaktor itu dibina di tepi laut, di tepi tasik atau di tepi sungai? Adakah kawasan sekitar Tasik Chini sesuai untuk membuat loji nuklear?

Bolehkah lumpur yang mengandungi thorium menjadi kering dan seterusnya habuk yang terbentuk ditiup angin ke Beserah dan Tanjung Api? Thorium memancarkan sinar alfa. Sinar alfa bahaya apabila masuk ke dalam badan melalui hidung dan mulut. Sinar alfa boleh dilindungi oleh kulit manusia. Jika ini berlaku, selamatkah jika makan atau membeli makanan di gerai-gerai di Beserah dan Batu Hitam?
Read More

Monday, December 10, 2012

Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel


Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.

Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin dengan Yahudi.

Berikut merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:
1516
Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.

Abad ke-19
Orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.

1869
Sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.

1896-1897
Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.

1908
Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.

1914-1916
Perang Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain berjanji kepada orang Arab bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.

1917
Perisytiharan Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.

1918
Orang Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Walaupun mereka telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain menguasai Damsyik. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi Perang Dunia Pertama.

1920-1939
Liga Bangsa dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala Britain diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat ringkasnya membawa makna Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar, merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.

Dengan persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.

Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.

1943
Kemerdekaan Lubnan, dan kuasa diagih-agihkan mengikut agama dengan kekuatan sesuatu komuniti agama didasarkan kepada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang Kristian tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisbah enam ahli Kristian kepada setiap lima ahli Islam di Parlimen. Presiden mesti seorang Kristian Maronite. Perdana Menteri seorang Muslim Sunni, Speaker Parlimen seorang Muslim Syiah dan seterusnya daripada struktur yang berasaskan kepercayaan agama atau gabungan yang terbentuk daripada komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan kebanyakannya orang Kristian.

1939-1945
Perang Dunia Kedua meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin.

1946
Pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.

1947
Resolusi Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman.

1948
Tentera-tentera British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel untuk kaum Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Ankatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza.

1949
Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.

1956
Mesir memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain, dan Perancis menentang Mesir. Kesatuan Soviet mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika Syarikat memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat- memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah.

1958
8 Mei: Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula. Perang berakhir pada 14 Oktober.

1964
Negara-negara Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab.

1965
1 Januari; Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.

1967
Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakayat Palestin.

1968-1969
Perjanjian Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Ketiadaan angkatan bersenjata selepas tentera Arab dalam Perang Jun kemudiannya diganti dengan kehadiran Fatah. Beberapa lagi kumpulan komando ditubuhkan seperti Barisan Hadapan bagi Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik. 21 Mac 1968: Pertempuran Karameh- kumpulan gerila Palestin di Jordan berjaya menumpaskan angkatan tentera Israel. PLO mengambil alih kuasa ke atas kem pelarian di Lubnan dan di Jordan. Disember 1968: Israel menyerang lapangan terbang Beirut; maka bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu Palestin. Pada tahun 1969, kumpulan-kumpulan komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah, Yasser Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO. Pangkalan gerila turut ditubuhkan di Jordan.

1970-1971
Peristiwa Black September. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari Jordan, tindak balas dendam oleh Israel terhadap pengkalan gerila dan kampong-kampung di Jordan, perampasan empat buah kapal terbang ke Jordan, dan bertambahnya kekuatan tentera PLO mencetuskan konfrontasi antara gerakan pembebasan dengan Raja Hussein dari Jordan. Selepas pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan pada Septrember 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya dari Jordan ke Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel menyebabkan Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan. Presiden Jamal Abdul Nasser dari Mesir meninggal dunia dan Anwar Sadat menggantikannya.

1973
Perang Oktober: Usaha Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur menjadi buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Untuk memecahkan kebuntuan, Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di Semenanjung Sinai dan Golan. Negara-negara Arab memulakan sekatan minyak. Rundingan damai yang baru bermula.

1974
Pengerusi PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman mereka sendiri.

1975
Operasi gerila yang begitu banyak dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan operasi pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan berkenaan. Mereka turut menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga diistilahkan mereka sebagai Tebing Utara Israel. Rabbai IDF mengeluarkan risalah yang mewar-warkan bahawa bandar dan kampung di Lubnan dinamai dengan nama Ibrani kuno. Beirut ditandai Be’erot (telaga-telaga), manakala Lubnan diperihalkan sebagai tanah puak Asher.

13 April: Sayap kanan Phalange Kristian menyerang bas yang sarat dengan rakyat Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai. Perang saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan bertindak untuk membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan utara daripada PLO dan Gerakan Kebangsaan Lubnan (Lebanese National Movement atau LNM).
PBB mengutuk Zionisme sebagai bersifat perkauman. Mesir di bawah pemerintahan Anwar Sadat dan Israel menandatangani Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak Abu Rudeis diletakkan semula di bawah Mesir.

1976
Seluruh anggota sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh (ditawan pada 14 Januari); Jisr al-Basha (lebih kurang 2000 orang Kristian) dan Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat Lubnan ditawan pada 12 Ogos); daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina (ditawan pada 18 Januari), pinggir bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6 Ogos), dan Badawi, kawasan kecil Kristian Armenia. Gabungan LNM dan angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Bersama telah membalas dengan menawan bandar pantai Damour; penduduk Kristian Maronite diusir.

Pertengahan Januari: Angkatan Tentera Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang persubahatan Kuasa Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenajat Kristian menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera Arab Lubnan di bawah kuasa pemerintahan Leftenan Ahmad Khatib. Jun: Angkatan Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan Lubnan apabila angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan Presiden Lubnan, Sulaiman Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progressif tiba-tiba terencat. Syria bermula dengan menyerang angkatan tentera campuran LNM dan PLO dan dua tahun kemudian berlawan dengan sayap kanan campuran Maronite.

1977
16 Mac: Kamal Jumblatt, pemimpin LNM dibunuh. 19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat datang ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga Arab, terutamanya PLO.

1978
Mac: Israel menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi menjadi pelarian; enam buah kampung dimusnahkan dan 82 buah lagi dirosakkan. Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan zon penampan atau Lubnan Bebas seluas 10 kilometer di wilayah Lubnan.

1979
Perjanjian damai yang akhir ditandatangani antara Mesir dan Israel. Israel dikehendaki mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir; pemindahan selesai pada tahun 1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding, tentera Israel mengebom kem pelarian rakyat Palestin di Lubnan. Mesir kemudiannya dipecat daripada Liga Arab. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan negara mereka sendiri di beberapa bahagian selatan Lubnan.

1980
Iraq menyerang Iran. Bermulalah Perang Teluk.

1981
Pesawat pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di Baghdad, Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam seranga udara Israel ke atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara yang teratur telah memusnahkan jambatan-jambatan yang menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika merundingkan gencatan senjata di sempadan Lubnan-Israel. Disember: Israel secara tidak sah merampas Bukit Golan dari Syria.

1982
Jun: Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan anti-PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan (perang Arab-Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan; pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari Beirut.

14 September: Pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir Gemayel selepas beliau enggan mengikat perjanjian damai dengan Israel. 15-17 September: Pembunuhan beramai-ramai Shabra dan Shatila dijalankan oleh militia Kata’ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah perlindungan dan sokongan tentera Israel. Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu ialah Ariel Sharon.

1983
Angkatan tentera di bawah kuasa Phalange menguasai kawasan Beirut Barat. Penentangan di bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO; pertempuran di Lembah Biqa’a dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada Pengerusi PLO, Arafat.

1984
Februari: Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.

1985
Tentangan orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari kebanyakn kawasan Lubnan yang kemudiannya diambil alih oleh pergerakan Amal, Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyyah berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal menyerang Shabra, Shatila, Bourj al-Barajneh. Bermulalah Perang Kem.

1986
Januari: Pertempuran Empat Hari di Shatila. April: Pertempuran Dua Puluh Hari di Shatila. Julai: Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila. September: Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj al-Barjneh pada bulan Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan November.

1987
Februari: Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila; namun tembakan curi berterusan. Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers. Disember: Meletusnya intifada (kebangkitan rakyat Palestin), pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan Israel.

1988
Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei: Pertempuran di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria; Shatila dan Bourj al-Barajneh ditawan; mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Disember: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengistiharkan perlembagaan negara Palestin.

1993
Pihak berkuasa Palestin dan Israel and telah menandatangani Deklarasi Oslo pada 13 September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat untuk rakyat Palestin.

1994
Kawasan aman Israel-Jordan dibentuk pada 26 Oktober.

2002
Pada 24 Jun, Presiden Amerika Syarikat, George Bush memetakan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Namun perkembangan yang berlaku tidak menunjukkan kemajuan. Malah pertempuran sering berlaku saban hari.

2004-2005
Kematian Yasser Arafat. Mahmood Abbas mengambil alih jawatan sebagai pemimpin Palestin sehingga sekarang.

*Rujukan:
Bendt & Downing. 1982. We shall return: women of Palestine. Trans. Ann Henning, Zed, London, 1982.


Sumber: szlihin.com
Read More


BAGI menjayakan hubungan kelamin pasangan baru berkahwin yang tiada pengalaman mengenai hubungan seks, mereka perlu tahu memainkan peranan masing-masing.

Suami perlu tahu jika ereksi tidak cukup keras dan zakar sukar dimasukkan ke faraj isteri, lebih-lebih lagi untuk melakukan tusukan.

Si isteri pula perlu tahu, jika pembukaan faraj mengecut atau tertutup dengan padat, zakar tidak dapat dimasukkan ke faraj dan jika ia dipaksa, si isteri akan terasa sakit.

Isteri mengawal pembukaan faraj dan menentukan sama ada mahu membuka atau menutupnya. Sememangnya pembukaan faraj tertutup atau rapat dalam keadaan biasa.

Dalam keadaan takut atau ngilu, otot lantai pelvis si isteri atau ‘otot kemut’ mencengkam dan membuatkan pembukaan faraj tertutup lebih padat.

Jika dipaksa melakukan penembusan, faraj boleh tercedera atau terluka. Sudah tentu ia menyakitkan mereka berdua, lebih-lebih lagi si isteri.

Si isteri perlu melegakan otot kemut dan pembukaan faraj, seolah-olah mahu membuang air besar atau air kecil. Dengan cara demikian, mudah bagi suami melakukan tusukan dengan bantuan isteri.

Dr. Ismail Tambi Bagi Panduan Pada Bakal Pengantin Di 'Malam Pertama'

Jika permukaan dan pembukaan faraj kering atau kurang lembap, jeli pelembap seperti ‘Top’Gel’ (Durex) atau mana-mana pelembap yang boleh melicinkan perjalanan boleh digunakan tanpa was-was.

Untuk menguji cara melegakan pembukaan faraj, si isteri boleh menyalurkan satu jari ke dalam faraj dan kemudian mencuba memasukkan dua jari sambil meneliti cara mengizinkan ereksi suami memasuki ruang faraj dengan melegakan pembukaan faraj.

Jika masih gagal menyempurnakan hubungan kelamin, kedua-dua pihak disyorkan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar. Berjumpa bomoh atau dukun bukan tindakan bijak.

Masalah berlaku bukan kerana ilmu hitam tapi kurang ilmu hubungan seks serta kurang bimbingan dan maklumat mengenai dunia kelamin. Saya boleh dihubungi melalui e-mel dr_tambi@yahoo.com.

Saya syorkan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga membaca buku panduan hubungan seks suami isteri bertajuk ‘Adab Malam Pengantin’ keluaran Telaga Biru. (Harian Metro)
Read More

Info, Asal-usul nama Harimau Malaya



Secara umum ramai mengetahui Harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara Malaysia.
Tetapi, ada kemungkinan juga ramai yang belum mengetahui asal-usul nama Harimau Malaya diperolehi.
Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940′an.
Pemain tersebut bermain di posisi ‘striker’ dan beliau adalah Dollah Don.
Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.
Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4.
Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College.
Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.
Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis.
Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya.
Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah.
Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.
 PERISTIWA DI SUMATERA
Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990′an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya.
Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia.
Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.
Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera.
Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi.
Pada era 1950′an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut.
Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘Harimau Malaya’.
Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.
Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.
Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu.
Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu.
Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0.
Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri.
Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.
Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia

Read More


Berikut merupakan pekerjaan asal figure2 yang terkenal di Malaysia...

01. Dato' Yusoff Haslam - Konduktor Bas
02. Nabil (Raja Lawak 2) - Despatch
03. Amy Mastura - Pramugari
04. Ziana Zain - Pramugari
05. Anuar Zain - Pramugara
06. Shamsul Ghau2 - Polis
07. REM - Cikgu
08. Adibah Nor - Cikgu Bahasa Inggeris
09. Amelina - Operator
10. Nubhan (AF) - Kerani Bank
11. Fauziah Gous - Pramugari
12. Shawal (AF) - Despatch
13. Suhaimi(Inteam) - Guru agama
14. Salleh Yaakob - Askar
15. Aaron Aziz - Penjual Kereta
16. Jimmy (trek selebriti) - Akauntan
17. Rahmat (Ekamatra) - Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
18. M nasir - penyanyi jalanan di CM
19. Kumpulan medicine - pesawah
20. Nora danish - playan kdai mkn mak die
21. Ezlynn - pelayan cafe di tv3 (kedai mak dia)
22. Mahathir mohamad - dokter
23. Rafidah aziz - pensyarah
24. Nik aziz - ustaz
25. Anwar berahim - abim
26. Samy vellu - arkitek
27. YB nizar - engineer
28. Muhammad Taib - cikgu
29. Khir toyo - dentist
30. Abdullah badawi - pegawai kerajaan
31. Almy nadia - keje kilang
32. Ina naim - keje kilang
33. Mawi - qari,pengait kelapa sawit
34. Azean irdawaty - pegawai ban
35. Remy Ishak - bellboy
36. Fahrin Ahmad - pegawai bank
37. Nazim Othman - pramugara
38. Tan Sri Syed Mokhtar - penjual daging
39. Rosmah - Suri rumah tangga dulu kini dan selamanya
Read More

Biar Betul, Orang Melayu makan babi?



Perkataan tajuk rencana saya ini bukan baru kita dengar, malahan sudah 50 tahun ia meniti dari mulut ke mulut orang Melayu yang prihatin dengan hukum halal/haram dalam Islam.

Tidak pelik, perkataan tersebut keluar dari mulut orang China dengan tujuan untuk memtemplek orang Melayu yang tidak makan babi.

Dengan perkataan yang tersebar secara meluas itu sah orang Melayu yang mengaku kuat berpegang dan beramal dengan agama islam tidak pernah kisah pasal halal haram dalam Islam.

Lebih lebih lagi JAKIM telah mengeluar “sijil halal” agar orang melayu tidak bimbang dengan produk yang di keluarkan oleh pengusaha bukan islam.

Pada penulis pengusaha pengusaha bukan Islam mustahil boleh mematuhi syarat syarat halal haram mengikut persepektif Islam.

Bukitnya, kebanyakan pengusaha produk makanan orang melayu kadang kadang lupa soal halal haram dalam islam.

Oleh itu bagaimana kita boleh mengharapkan pengusaha orang bukan islam beoleh mematuhi syarat syarat halal haram yang tetap oleh Islam.

Mengapa penulis kata begitu? Kerana hari ini kita masih dengar perkataan “orang melayu makan babi”. Ia tersebar bukan dari mulut mulut orang Melayu sahaja, malahan mulut orang bukan islam tidak pernah lekang dek panas.

Betul JAKIM nerusaha begitu serius sebaik sahaja mengeluarkan sijil halal kepada pengusaha pengusaha produk makanan milik orang bukan Islam.

Akan tetapi apakah benar produk pengusaha bukan islam itu halal dari segi Islam dan tidak meragukan?

Jika benar pengusaha bukan telah mematuhi syarat syarat dan panduan halal haram mengikut persepektif Islam mengapa kata kata orang melayu makan babi masih di jaja secara meluas.

Ini menunjukkan produk makanan keluaran pengusaha bukan Islam ada mengandungi lemak babi sepertimana pernah disebut oleh CAP.

Untuk membuktikan produk makanan keluaran milik pengusaha bukan islam mengandungi lemah babi, bahawa penulis pernah berkursus dengan CAP di Pulau Pinang.

Seorang penceramah berbangsa China menyatakan kebanyakan produk makanan keluaran pengusaha bukan Islam belum bebas dari perkara haram miskipun ada sijil halal.

Pelik juga, orang bukan islam boleh membucurkan rahsia tersebut. Tetapi itulah kata kata yang disebut kepada peserta kursus.

Beliau menyatakan “simple” yang di beri kepada pihak JAKIM tidak sama dengan dengan produk yang ada dalam pasaran.

Jelasnya lagi, CAP membeli produk makanan yang ada sijil halal didapati ianya mengandungi lemak babi.

Atas sebab itu CAP telah mengeluar bukan membariskan produk makanan yang mengandungi lemak babi agar orang Islam tidak memakannya.

Malangnya, sehingga hari ini orang Melayu tidak pernah kisah pasal halal dan haram miskipun JAKIM sendiri telah mengeluarkan buku produk haram bagi orang Islam.

Atas sebab ini juga perkataan orang Melayu makan babi begitu popular di kalangan orang bukan Islam sebagai templek yang mereka tidak makan babi, sedangkan kebanyakan orang Melayu makan babi yang diharamkan Islam.
Read More

Friday, December 7, 2012

Info, Kenapa Rel Kereta Api Banyak Batu Kerikil?

Jika anda amati di sepanjang landasan kereta api biasanya terdapat batu kerikil yang terletak di bawah dan pada kanan dan kiri rel kereta api. Mengapa sengaja diletak dan apakah fungsinya?

1. Fungsi batu kerikil pada rel kereta api adalah sebagai padatan pemberat. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atasnya pun dapat berjalan dengan baik.

2. Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang berlaku ketika kereta api sedang melalui. Sehingga goncangan yang berlaku ketika kereta api melintas dapat dikurangkan. Dan rel kereta api pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama.

3. Fungsi seterusnya iaitu untuk menahan dan melancarkan aliran air di semasa hujan. Fungsi ini berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api.

4. Dan yang terkini, batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhnya rumput di sekitar rel. Tumbuhnya rumput di sekitar rel boleh dapat secara langsung atau tidak langsung menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya. Perkara ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api.

Memang, ada kedudukan-kedudukan tertentu tidak perlu batu kerikil, seperti landasan kereta api yang terdapat di atas jambatan atau jalan raya. Perkara ini terjadi kerana semua fungsi dari batu kerikil tadi sudah diambil alih fungsinya oleh mekanisme lain.

Jambatan sudah dirancang khusus sedemikian rupa supaya dapat menahan getaran yang akan terjadi yang dihasilkan ketika kereta melintas. Demikian pun dengan rel kereta yang terdapat pada jalan raya, jalan tar telah menggantikan peranan batu kerikil dengan baik. Sehingga pada tempat-tempat tersebut, tidak diperlukan lagi batu kerikil untuk diletakkan di bawah rel kereta api.

Sumber

Read More

Thursday, December 6, 2012


Senarai ini disediakan oleh Karl Brauer, CEO dan ketua editor laman maya tersebut. Senarai ini tidak memasukkan syarikat pembuat kereta yang mempunyai kurang daripada 20 cawangan di seluruh dunia atau menjual kurang daripada 20 model per tahun di seluruh dunia. Berikut adalah senarai kereta terpantas pada tahun 2013. Jom lihat gambar di bawah ini.













Read More

Gempar, Kisah Sebenar di Sebalik Gangnam Style



Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,
"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."


"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.


Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"


Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."


"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.


"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.


"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.


"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.


Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.


"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.


Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,


"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."


Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.


"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.


"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."


"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."


Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.


"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."


"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."


"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."


Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,


"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.


Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."


Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."


Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,


"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."


"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."


"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."


"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.


"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."


Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."


Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...


"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.


"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.


"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.


"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."


"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.


"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.


"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."


"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.


"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.


"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.


Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.


Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.


Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.


Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.


Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.


Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...


Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.


Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...
Read More

Wednesday, December 5, 2012



Iron Dome
Teknologi penangkis roket, Iron Dome dianggap oleh Israel sebagai senjata paling ampuh untuk meminimumkan kerosakan dan kematian akibat hentaman roket milik Hamas, al-Qassam. Teknologi yang dibangunkan oleh firma Rafael Advanced Defence Systems menggunakan teknologi radar dan sensor automatik.
Sistem pertahanan terbaru milik Israel ini dicipta untuk menangkis roket jarak dekat dan mortar 155 mm  yang mana mampu mencapai jarak 70 kilometer. Kelebihan Iron Dome adalah mampu beroperasi pada waktu siang dan malam dan mempunyai ketahanan di keadaan cuaca yang buruk. Senjata ini sangat responsif apabila mampu memberi tindakbalas hanya dalam beberapa detik.
Iron Dome
Iron Dome direka dengan mempunyai tiga elemen pusat:
  • Pengesanan & Penjejakan Radar: Sistem radar dibina oleh ELTA, sebuah syarikat pertahanan Israel.
  • Pengurusan & Kawalan Senjata Pertempuran (BMC): pusat kawalan yang dibina oleh mPrest Systems, sebuah syarikat perisian Israel.
  • Penembakan Misil Unit: unit pelancaran peluru berpandu pemintasTamir, dilengkapi dengan sensor elektro-optik dan sirip boleh ubah untuk pergerakan pantas. Peluru berpandu ini dibina oleh syarikatRafael Advanced Defence Systems.
Iron Dome adalah gelaran kepada “Dual-Mission Counter Rocket, Artillery and Mortar and Very Short Range Air Defense System“. Ia telah dicipta pada tahun 2007 setelah Israel menerima banyak hentaman roket daripada Hamas daripada jalur Gaza.
Radar milik Iron Dome berfungsi dengan radius hampir 40 batu. Apabila sebarang ancaman roket dikesan, informasi tersebut akan dihantar ke Pengurusan Tempur dan Trak Pengawal. Di sini, informasi tersebut akan dinilai samada untuk menangkis atau membiarkan sahaja roket tersebut meletup.
Jika informasi tersebut dinilai sebagai satu ancaman, data tersebut akan dihantar pula ke Unit Penangkis di mana Pelancar Roket yang diprogramkan akan serta merta memberi isyarat untuk aktif. Roket yang dilancarkan akan mengesan roket milik Hamas berdasarkan sensor haba yang dipasang khas di badannya.
Menurut Israel Defensive Force(IDF), kadar ketepatan Iron Dome begitu tinggi iaitu mencapai 90%. Ia menutup kritikan pelbagai pihak yang mengatakan Iron Dome terlalu mahal terutama dibandingkan dengan roket Hamas yang setiap satu hanya berharga $800.
Roket al-Qassam
Roket al-Qassam adalah senjata utama milik Briged al-Qassam iaitu cabang utama parti pemerintah Gaza, Hamas. Roket al-Qassam mempunyai beberapa kategori berbeza iaitu al-Qassam I, al-Qassam II, al-Qassam III dan al-Qassam IV.
Dianggap sebagai senjata moden tapi primitif oleh Israel dan sekutunya Amerika Syarikat, roket ini dianggap lebih kepada bunga api daripada roket pemusnah. Namun, hakikatnya roket ini begitu sofitikated sebagai senjata pemusnah terutama apabila ia tepat mengenai sasaran. Ia diakui oleh Kolonel Richard Kemp daripada Royal United Servises Institute.
“They are cheap, basic but nonetheless effective, they are not the fireworks that people sometimes say they are. They are very effective if they hit their target.”
Qassam I:
Roket ini mempunyai berat  77 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 1.86 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 18 pound. Sasaran utama adalah Sderot dan sekitarnya. Setakat ini, roket Qasssam I adalah roket paling banyak digunakan untuk membalas serangan rejim zionis.
Qassam II:
Roket ini mempunyai berat  88 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 4.35 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 8.8 pound. Sepertimana Qassam I, Qassam II digunakan untuk menghentam wilayah Sderot dan sekitarnya.
Qassam III:
Roket ini mempunyai berat  110 pound , mempunyai diameter 4.5 inci, panjang lebih 8 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum sehingga 6.21 batu. Qassam III mengandungi peledak seberat 17.6 pound. Qassam III mampu mencapai sasaran sehingga ke Askelon dan kawasan sekitarnya.
Qassam IV:
Roket ini mempunyai berat  daripada 88 hingga 110 pound , mempunyai diameter sebanyak 4.5 inci, panjangnya lebih 8,5 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum 9 batu bahkan ada yang mencapai lebih jauh daripada itu. Kepala peledaknya mempunyai berat sehingga 22 pound. Qassam IV mampu mencapai Ashkelon dan mempunyai kekuatan dalam pencapaian jarak dengan teknologi yang semakin membangun.
Perkembangan seterusnya
Dengan bantuan dana Amerika Syarikat tanpa henti, Israel sedang melalui proses pembinaan sistem penangkis roket yang dikenali Sistem Pertahanan Pelbagai Lapisan (Multi-Layered Defence Systems) iaitu David’s Sling atauMagic Wand. Sistem ini bertindak untuk menangkis dan memintas roket jarak sederhana dan bakal beroperasi secara efektik pada tahun 2015. Secara mudah, Sistem Pertahanan Pelbagai Lapisan merangkumi sistem penangkis roket pelbagai jarak iaitu jarak dekat, jarak sederhana dan jarak jauh. Iron Dome adalah sistem pertahanan lapisan pertama yang telah digunapakai sekarang.
Dalam menangani kemungkinan roket jarak jauh milik Iran, Israel dalam pembinaan teknologi penangkis roket jarak jauh yang dikenali Arrow 2 danArrow 3. Firma terkenal daripada Amerika Syarikat iaitu U Boeing berkerjasama dangan Israel Aerospace Industries (IAI) untuk melengkapkan sistem pelbagai lapisan iaitu ‘lapisan’ terakhir yang mensasarkan roket jarak jauh.
Apabila siapnya Arrow 2 dan Arrow 3, maka sistem pertahanan pelbagai lapisan yang ‘dicipta’ oleh Israel dan Amerika Syarikat yang semata-mata untuk mempertahankan tanah haram Israel akan lengkap sepenuhnya. Dengan itu, lapisan imaginasi akan menggunakan penangkis misil Iron Dome di lapisan pertama, lapisan kedua pula menggunakan penangkis misilMagic Wand dan lapisan terakhir akan menggunakan penangkis misil Arrow 2 dan Arrow 3.
Di pihak Hamas pula, pengkaji dan penganalisis perang daripada Barat terutama pro-Zionis menganggap Hamas sebagai paksi utama pangganas.  Namun, hakikatnya Hamas yang kemudiannya Briged al-Qassam, tertubuh sebagai tindak balas terhadap aksi kejam rejim Israel terhadap masyarakat Islam Palestin.
Hamas dan Briged al-Qassam bergantung sepenuhnya dengan keberanian pejuangnya menyeludup masuk peralatan keperluan perang melalui terowong-terowong tikus di sekitar jalan masuk Mesir dan Gaza.
Beberapa penganalisi mendakwa Iran dan Rusia adalah pengimport utama peralatan dan kelengkapan perang kepada Hamas dan Briged al-Qassam. Dakwaan tersebut mungkin ada benarnya apabila Iran dan Rusia sering dilihat menyebelahi Palestin apabila berlaku krisis Palestin-Israel.
Dengan pembelian teknologi daripada Rusia, Hamas telah mampu untuk memiliki roket berjarak lebih jauh daripada roket temporari al-Qassam.
Roket ini adalah kembar kepada roket Katyusha milik Rusia yang dikenali sebagai roket Grad. Roket ini mampu mencapai jarak sehingga 12.75 km hingga 20 km. Roket Grad yang diubahsuai mampu mencapai sasaran 48km daripada titik perlancarannya. Ini bermakna roket ini berkemampuan untuk memusnahkan sasaran di Ashdod, Kiryat Gat, Barsheva dan Yavne. Setiap wilayah tersebut mempunyai populasi lebih 30,000 orang penduduk kecuali Yavne.
Miskipun berfahaman Syiah, Iran adalah satu-satunya negara Islam yang menunjukkan sokongan dengan memberi bantuan senjata kepada pejuang Hamas. Roket Hamas seperti roket Fajr adalah buatan Iran yang dieksport khas ke Gaza.
Kemampuan roket Fajr sangat mengujakan. Kuasa ledakan cukup untuk memusnahkan kawasan di bandar yang berkepadatan tinggi di Israel seperti Tel Aviv(405,000), Rishon Lezion(232,500) dan Be’er Sheva(196,500). Generasi Fajr terbaru iaitu Fajr-5 dikatakan dalam pembinaan di sekitar lokasi rahisa Palestin. Menurut laporan risikan Israel dan CIA, pembinaan Fajr-5 dilakukan secara sulit dan dibina sepenuhnya di bawah tanah. Kuasa lonjakan roket Fajr-5 mampu mencapai jarak 75km hingga 80km daripada titik pusat perlancarannya.
Tapak pembinaan roket Fajr-5 di lokasi rahsia di Palestin
Kos yang tinggi
Kemampuan roket Hamas berbanding penangkis misil balistik Iron Domeadalah berdasarkan kepada kos pembinaan setiap satu. Sebuah roket milik Hamas hanya berharga $800  manakala sebuah roket penangkis Iron Domemasing-masing berharga $50,000 setiap buah.
Ini bermakna setakat hari Khamis yang lalu sejak krisis Gaza bermula, Hamas telah melancarkan 250 buah roket ke bandar-bandar di Israel. Roket Hamas telah berjaya dipintas sebanyak 90 buah oleh Iron Dome. Hamas telah mengalami kerugian sebanyak $72,000 manakala Israel telah membelanjakan sebanyak $4.5 juta untuk menangkis serangan roket Hamas.
Baki 160 buah roket milik Hamas tidak dipintas oleh Iron Dome kerana roket tersebut didakwa jatuh ke tanah lapang, kebun dan laut. Hakikatnya, mereka tidak mampu untuk memintas keseluruhan roket milik Hamas dek kerana setiap satu roket pemintas berharga 60 kali ganda daripada sebuah roket Hamas.
Ironinya, Israel yang bercakap besar mengenai kekuatan dan ketepatanIron Dome telah menerima tamparan apabila tiga rakyat mereka maut dan ramai lagi cedera akibat hentaman roket Hamas.
Read More