Friday, November 30, 2012

Hampeh, JPJ Pun Parking Kat Parking OKU


Sudah la parking kat parking OKU, parking tengah-tengah line pulak tu, parking sampai 2 petak. Mungkin driver je OKU, yang sebelah driver tak...
Read More

Thursday, November 29, 2012



Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.
Read More



Saya pengguna kereta Perodua MYVI dan pelanggan Pusat Servis Perodua Kemaman sangat tidak berpuas hati dan kecewa dengan khidmat yang diberikan oleh pihak pusat servis perodua kemaman. Empat kali saya datang untuk pemeriksaan kereta saya kerana kereta MYVI saya banyak masalah sejak hari pertama saya menggunakan kereta tersebut.

Di sini saya ingin membuat beberapa aduan tentang khidmat Pusat Servis Perodua Kemaman.

1. OPERATOR TIDAK MESRA PELANGGAN.
Layanan operator yang suka mencelah semasa saya membuat temu janji dan aduan tentang masalah kereta. Belum lagi habis cerita dah sibuk nak mencelah untuk tamatkan perbualan, apa salahnya dengar dulu masalah yang saya nak bagi tau. Sepanjang saya membuat pemeriksaan di Pusat Servis Perodua Temerloh, tiada masalah seperti ini dan mereka sangat mesra pelanggan walaupun tempat mereka tidaklah selesa seperti di Perodua Kemaman.

2. TIDAK AMBIL TINDAKAN SEGERA.
Datang untuk membuat pemeriksaan regulator tingkap dan disahkan rosak oleh mekanik. Pihak Perodua Kemaman akan menempah dan menggantikan regulator yang baru. Janji barang sampai dalam masa dua minggu. Selepas dua minggu saya datang untuk bertanyakan hal tersebut, saya diberitahu bahawa pihak perodua kemaman langsung tidak menempah regulator tersebut. Masa itu baru nak order. Perodua Kemaman memang suka buang mase orang ek? macam itu ke layan pelanggan?

3. TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
Saya dapati ada kerosakan lain selepas pemeriksaan oleh mekanik pihak perodua Kemaman (dua klip cover tingkap patah). Mekanik tersebut memang SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB kerana tidak menukar cover tingkap tersebut dengan yang baru dan tidak memberitahu kepada saya tentang perkara itu.

4. MASALAH TIDAK SELESAI.
Saya datang dua kali untuk pemeriksaan aircond yang bermasalah tetapi masih tiada perubahan sehingga kini. (Aircond berbau minyak petrol)

5. TIDAK MENEPATI JANJI.
Pihak Pusat Servis Perodua Kemaman menelefon saya berkenaan regulator tingkap tersebut telah sampai dan saya telah memberitahu akan datang ke pusat servis perodua kemaman untuk menukar regulator tersebut. Tetapi apabila saya datang, saya diberitahu bahawa regulator tersebut telah diberikan kepada orang lain.

Pihak perodua Kemaman sedikit pun tidak memberitahu perkara itu kepada saya, kerana jika saya tahu, saya tidak akan datang ke pusat servis Perodua Kemaman. Saya datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menepati janji tetapi Perodua Kemaman sendiri yang mungkir janji.

Pekerja pusat servis perodua Kemaman menggunakan alasan bahawa ketua mereka telah menyuruh mereka menggunakan regulator tersebut kepada orang lain. Bermakna di sini KETUA Perodua Kemaman sendiri pun bermasalah kerana tidak tahu mengajar pekerja supaya apa-apa yang hendak dilakukan mestilah diberitahu kepada yang berkenaan agar tidak menyusahkan orang lain.

6. BUANG MASA PELANGGAN.
Dan disebabkan operator Perodua tidak mahu mendengar masalah pelanggan seperti saya, saya telah membuang masa dengan pergi ke Pusat Servis Perodua Kemaman dengan tiada 1 pun masalah yang diselesaikan.

7. MENAMBAHKAN LAGI MASALAH.
Saya datang ke Pusat Servis Kemaman dengan harapan masalah kereta saya akan diselesaikan, bukan sahaja masalah yang sedia ada tidak diselesaikan tetapi menambahkan lagi masalah pada kereta saya dengan tiba-tiba selepas diservis, buzzer kereta tidak berfungsi. Pekerja Pusat Servis Perodua tidak membuat pemeriksaan terakhir sebelum menyerahkan kereta kepada saya.

8. LEPAS TANGAN.
Tiada inisiatif dari pihak Perodua Kemaman bagi menyelesaikan masalah malah menyuruh saya mencari pusat sevis Perodua lain.

Saya akan pastikan pengguna kenderaan Perodua dan rakyat Malaysia mengetahui hal ini terutamanya di Kemaman, Terengganu. Saya berharap pihak Pusat Servis Perodua Kemaman akan mengambil tindakan SEGERA bagi menyelesaikan masalah ini agar pengguna dan pelanggan lain tidak teraniaya seperti mana yang berlaku keatas saya.

Pelanggan Kecewa,
Farhana Rahman

sumber
Read More



"Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz, secara klinikal telah mati melalui laporan Al-Sharq il-Awsat. Kematian otaknya dilaporkan berlaku selepas melalui pembedahan yang rumit pada 17 November  lalu di King Abdulaziz Medical City Riyadh dan menurut laporan medis itu, pembantu raja mendakwa dia berada dalam kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, sumber perubatan memberitahu media keadaan raja "dijangka berubah tidak lama lagi."

Menurut Pengarah Institusi Kajian Politik dan syariat Islam, Fauzan Al Anshari melihat fenomena sekarang ini sebagai petanda akhir zaman. Fauzan menjelaskan akan terjadi perebutan kuasa oleh tiga ahli keluarga waris raja yang mengakibatkan pertumpahan darah di Mina hingga melibatkan jemaah haji menjadi korban.

"Lalu 7 ulama dari berbagai pelosok Dunia yang tidak saling mengenali membaiat Imam Mahdi untuk memimpin jihad membebaskan Jazirah Arab hingga ke Al aqsha,"

Penulis buku 'Proses Berakhirnya Dunia' menilai tanda akhir zaman yang lain juga muncul di Syiria dengan kehadiran Jabhah Nushrah yang diakui semua kelompok mujahidin sebagai mujahidin paling cemerlang yang menentang rezim zalim Bashar al-Assad.

"NIC (National Intellegence Council) AS mengatakan bahawa Khilafah akan muncul pada 2020 manakal George Soros mengatakan Zionis akan lenyap dari muka bumi pada tahun 2022," katanya lagi.

sumber
Read More

Hebat, wanita Gaza adalah paling subur di dunia



Bom demografi Palestin terus menghantui Israel. Walaupun setiap bulan membunuh rakyat Palestin, penjajah Zionis yahudi laknatullah tidak mampu menghentikan kadar pertumbuhan penduduk Palestin yang terus meningkat. Angka kelahiran baru yang dikeluarkan Pejabat awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza sekaligus menjadi bukti bahawa wanita Gaza adalah wanita paling subur di dunia.

Seperti dilaporkan oleh InfoPalestina, data menunjukkan perbandingan angka kelahiran dan kematian di Gaza adalah 15 berbanding 1. Sepanjang empat bulan terkini terdapat 14280 angka kelahiran baru. Terdiri dari 7329 bayi lelaki, atau 51.3 peratus dan 6955 bayi perempuan atau 48.6 peratus. Ertinya, lebih dari 155 angka kelahiran berlaku setiap harinya.

Sedangkan angka kematian dalam tempoh yang sama berjumlah mencapai 974 orang. 523 orang atau 53.6 peratus daripadanya adalah lelaki dan 451 orang atau 46.3 peratus adalah perempuan. Ertinya kematian di Gaza mencapai 10 orang setiap harinya.

Data sebelumnya menunjukkan wanita Gaza dikenali sebagai wanita paling subur di dunia. Tahap kesuburan di Gaza mencapai 6 bayi satu wanita. Angka itu jauh di atas paras kesuburan di Israel yang mencapai 2.6 bayi satu wanita.

Laporan UNICEF pada 3 Mac 2009 lalu juga menunjukkan Gaza mempunyai ramai berusia muda iaitu 793520 atau 56 peratus jumlah penduduk Gaza adalah anak muda. Sedangkan Israel mempunyai kadar peratusan usia tua yang tinggi.

sumber
Read More

Gempar, Kedai Makan Pun Boikot Barangan Israel


INI BARU ORANG PANGGIL SEMANGAT MEMBARA MEMBOIKOT PRODUK ISRAEL
Read More

Tuesday, November 27, 2012

Info, Minum Air Ketika Perut Kosong




Amalan meminum air kosong setelah bangun dari tidur setiap pagi amat popular di Jepun. Kajian saintifik juga telah berjaya membuktikannya. Dibawah adalah kaedah untuk diamalkan pagi pembaca sekalian. Untuk penyakit lama dan serius juga penyakit – penyakit moden, rawatan air ini didapati berjaya oleh pertubuhan perubatan Jepun sebagai 100% penyembuh kepada penyakit – penyakit berikut:


  1. Sakit kepala.
  2. Gatal – gatal badan.
  3. Sistem jantung.
  4. Arthritis.
  5. Degupan jantung laju.
  6. Epilepsy (unprovoked seizures).
  7. Lemak berlebihan.
  8. Bronchitis asthma.
  9. TB.
  10. Meningitis.
  11. Masalah buah pinggang dan kencing.
  12. Muntah – muntah.
  13. Gastrik.
  14. Sakit perut.
  15. Hemorrhoids (piles).
  16. Diabetes.
  17. Constipation (sembelit).
  18. Semua penyakit mata.
  19. Womb.
  20. Cancer.
  21. Menstrual disorders.
  22. Masalah telinga, hidung dan tekak.


Kaedah rawatan.

  1. Apabila anda bangun daripada tidur dan sebelum berus gigi, minum 4 x 160ml gelas air kosong.
  2. Setelah berus gigi, jangan minum atau makan selama 45 minit.
  3. Setelah 45 minit, anda boleh minum dan makan seperti biasa.
  4. Selepas 15 minit anda sarapan, makan tengahari atau makan malam, jangan minum atau makan apa – apa selama 2 jam.

Bagi sesiapa yang tidak mampu untuk minum 4 gelas air selepas bangun tidur, anda boleh mulakan sikit demi sedikit sehingga anda dapat minum 4 gelas air.

Rawatan tersebut insyaAllah dapat menyembuh pelbagai penyakit dan anda dapat nikmati hidup yang sihat.
Berikut merupakan senarai penyakit dan bilangan hari untuk rawatan minuman air ini diperlukan untuk sembuh:


  1. Tekanan darah tinggi = 30 hari
  2. Gastrik = 10 hari
  3. Diabetes = 30 hari
  4. Constipation = 10 hari
  5. Cancer = 180 hari
  6. TB = 90 hari


Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan tersebut selama 3 hari sahaja. Dalam minggu pertama perlu diikuti dengan rawatan setiap hari.

Rawatan air ini tidak memberi kesan sampingan tetapi pada permulaan rawatan ini, anda akan selalu membuang air beberapa kali.

Walaubagaimanapun, kita haruslah berdoa dan bertawakkal kepada Allah dalam mencari kesihatan yang sempurna, rawatan ini hanyalah salah satu cara untuk kita berusaha dalam kaedah yang betul, insyaAllah.

sumber: www.pyroenergen.com
Read More

Info, Kenapa Susahnya Nak Pukul Lalat




Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya. Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan?. Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?

Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut. Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya. Dickinson yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.

Penyelidikan yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman. Otaknya akan langsung akan mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang. Setelah ia meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapannya untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman bahaya.

“Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.

Bahkan, lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman. Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya. Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.

“Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips mudah untuk memukul KO haiwan ini. Ia menyarankan bahawa saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya siap terbang. Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk dapat melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100 saat..
Read More

Info Minda, Air Mata Bayi




Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah bayi berusia sekitar enam hingga lapan minggu.
Read More

Kartun, Cuti-Cuti Sekolah




Suara13: cuti masa tak cuti sekolah...
Read More

Menganalisis gaya permainan dan pemain memang dah jadi keutamaan semua orang termasuk penyokong tegar. Sudah sampai masa kita lebih berterus-terang dari simpan dalam hati lepas tu merana tengok pasukan bola kena kitai macam itu saja.

Kehadapan Safiq Rahim. Main macam setan malam tadi kau tahu? Ini dalil yang kau boleh fikir dalam-dalam kau patut sedar siapa diri kau!

1. Hantaran bola kau baik pendek atau panjang sangat meliar.
Kau sedar tak? Kau jenis tak tengok orang bila passing atau sebenarnya kau memang tak pakai otak bila passing bola? Pemain tengah yang selalu gagal hantar tepat kepada team-mate sememangnya pemain tengah yang GAGAL. Engkaulah orangnya.

2. Tahan bola kau serupa tahanan perang.
Banyak kali dah kami perati kau menahan bola tak lekat kat kaki. Tahan bola, bola pantul ke depan sampai bola tu dapat ke player lawan. Ada tu pun sama tahan bola merapu padahal takde pemain lawan pressure kau. Macam itu kualiti pemain kebangsaan?

3. Kau takde skill menggelecek
Kalau nak gelecek biar ada konfiden lah brader. Apa kebenda gelecek tapi macam nak rempuh orang? Penyudahnya bola terlepas. Dah tu kau bukan rajin nak kejar balik!

4. Kau takde konfiden nak hold-ball.
Bila menggelecek pun ZERO. Memang jahanam lah kau nak hold-ball. Hold-ball ni bermaksud bola kat kaki kau dan kau bawa bola dengan kaki kau tu ke tempat kosong cari dan buka ruang. Bila ada player lawan datang nak rampas bola. Kau patutnya boleh bawa bola tu ke tempat lain atau pass ke team-mate. Tapi kau TAKDE skill tu. Yang kau tahu bila dapat bola. Terus one-two step hantar. Atau bila dah menggelabah kena pressure, kau lambat nak passing bola kepada team-mate. Penyudahnya kelam kabut. Itu bukan ciri pemain tengah sebenar tahu? 

5. Free kick sahaja tak berguna jugak.
Kau fikir kalau accurate free-kick kau power maka kau layak jadi pemain kebangsaan. Nan hado! Kalau setakat nak harap satu skill je power, apa kau fikir ni American Football? Pemain cuma ada satu skill saja? Ini bola sepak, bangang! Pemain tengah sepatutnya ada lebih dari 2-3 skill. Free-kick kau semalam pun entah apa-apa.

6. Kau suka sangat nak ambil bola dari bawah pump ke atas.
Benda tu patutnya tugas Amar Rohidan. Bukan tugas kau. Kau kapten kau patut gesa dia. Bukan kau yang ambil tugas dia sampai tugas kau yang sepatutnya kau tinggalkan. Tak kisahlah kau rajin nak keluarkan bola dari kawasan sendiri ke kawasan lawan. Tapi cara kau nak hantar bola tu pun dah gagal. Kau hantar jauh ke flanker dan striker tapi hantaran kau mengkhinzir buta tak guna jugak. Atau kau dribble nak bawa bola ke kawasan lawan tapi asyik tak lepas. Menyusahkan kau tahu tak? Penyudahnya Amar Rohidan jadi tunggul kayu. Malaysia kena counter-attack. 

7. Kau memang degil
Kami rasa dah berbuih orang cakap permainan kau dan prestasi kau semakin teruk. Tapi kau taknak dengar. Kau tak ambil iktibar dan takde inisiatif untuk tingkatkan kualiti permainan bola kau. Kau tahu tak beribu-ribu penyokong Selangor panjat kesyukuran bila kau blah dari Selangor dan pergi ke Johor? Ramai dah orang cakap kau main tak bagus tapi kau buat-buat bagus. KAmi pun tak tahu lah apa yang TMJ pandang ke gaya permainan kau. Malanglah Johor ada player macam kau season depan. Malang.

8. Kau tak layak pegang Ketua Pasukan Harimau Malaya
Kalau dah main teruk. Kau fikir anak buah kau nak respek kau sebagai ketua pasukan? Pergi mati.

9. Kau STAR kau fikir kau HEBAT?
Kau ingat Johor belanja besar nak dapatkan kau maka posisi kau kat skuad kebangsaan selamat? Kalau macam itu metaliti kau. Tak hairan kau main teruk.

10. Mentaliti kau dalam game-play kelas ketiga.
Semua benda salah yang kau buat dalam permainan dan perlawanan sudah mencerminkan mentaliti dan kadar berfikir kau tahap mana. Kelam kabut satu hal. Berebut bola takde teknik satu hal. Semua itu cukup jelas kau tak layak jadi pemain tengah kebangsaan dengan mentaliti macam takde effort nak ubah gaya permainan ke tahap lebih baik. SPM kau dapat berapa hah?

Apa yang Rajagobal pandang ke kau kami pun tak tahu. Mungkin sebab nama kau dah STAR, dia tak berani buang kau padahal prestasi semasa kau macam jahanam tak konsisten dan menurun. Jangan sampai seluruh penyokong chanting nama kau yang bukan-bukan sampai satu stadium dengar kau main macam tahi. Main betul-betul lah setan!

Sumber: Sokerleaks.my

Read More

Monday, November 26, 2012

Gempar, Beza Mujahiddin Afghan & Pejuang Palestin



Apa kalian tahu beza mujahidin afghan dgn rakyat arab palestin?

Kenapa palestin begitu hebat diseksa,dibunuh,dikecam dan tak menang-menang sedangkan tidak mungkin kalah mujahid yang berjuang di jalan Allah atas niat naikkan kalimah Allah?

Kenapa pula perang di afghan pakistan tidak begitu banyak gambar penyeksaan dan pembunuhan sedangkan di sana negara yang lebih daif dan lebih tiada kelengkapan perang?

Apa amalan orang palestin dan apa amalan orang afghan-pakistan?

Apa iman dan akidah orang palestin dan akidah orang afghan-pakistan?

Kenapa palestin dibunuh sewenang-wenangnya tapi mujahidin afghan-pakistan digeruni eropah dan tak pernah menang lawan mereka?

Kenapa palestin berperang tak menang-menang sedangkan israel kecik je tapi mujahidin afghan lawan empayar russia yang besar gile boleh menang tanpa kelengkapan perang?

Apa usaha yang dijalankan dikalangan rakyat palestin dan apa usaha yang dijalankan dikalangan rakyat afghan-pakistan?

Kedua-dua golongan ini telah aku temui dan bersama mereka berkali-kali sampai aku cukup masak dengan perangai dan keadaan dua pihak pejuang ini...

Aku cukup masak dan faham apa amalan mereka,mazhab fiqh mereka,mazhab akidah mereka dan mazhab tasawwuf mereka...

Dan aku cukup faham kenapa sampai sekarang pertolongan Allah belum sampai kepada rakyat palestin tapi pertolongan Allah datang dengan cepat di afghan-pakistan...

Dan aku cukup faham kenapa gambar-gambar kejam rakyat palestin disebarkan media yahudi tapi tiada gambar pembunuhan di afghan kerana mereka kalah teruk disana dan tak menang-menang...

Jika aku berbicara apa sebabnya,maka ramai ahli islam sekular,islam liberal,islam qodiriah,islam 'semangat lebih' akan menentang ku dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapku...

Ramai juga yang akan terus mencela dan mencela kononnya hatiku tiada sensitiviti kepada nasib rakyat palestin...

Sedangkan mereka tak pernah tahu apa usaha kami disini..

Apa yang kami tunggu disini..
Apa yang kami lakukan disini..
Apa yang sedang digerakkan dari sini...

Jauh beza dengan ahli keyboard warrior di fb yang cuma lepak depan laptop dan siang malam maki hamun yahudi dan mencela golongan seperti aku tanpa lakukan apa-apa tindakan realiti yang membantu...

Takat sharing2,maki2,cela2,kutuk2 lalu merasa diri 'telah melakukan sesuatu' utk palestin maka itu adalah perkara yang perlu diketawakan sekuat-kuatnya....
Seandainya kalam ini difahami.......

Daku melihat pejuang afghan dikepalanya terlilit serban hitam,tanpa baju kalis peluru melainkan cuma vest kain biasa dan seluar mereka di atas buku lali dan cuma berkasut biasa,senjata mereka cuma senjata biasa yang sudah berkarat dan mereka berjubah putih,kebanyakan mereka bermazhab Hanafi dari fiqh,bertariqat Chistiyyah dari segi tasawuf dan berakidah Maturidiyyah dari segi akidah dan dari segi dakwah mereka bersama jemaah tabligh,iman dan amal mereka cukup hebat,mereka cuma makan sehari dua kali tetapi cukup kuat tenaga mereka,badan mereka kurus2 tapi bila perang hanya 5-6 org sahaja dihantar untuk hancurkan selori tentera kafir....pertolongan Allah terhadap mereka jelas hingga media tak berani buat liputan lebih terhadap mreka dan apa yang terjadi disana kerana takut org melihat kebenaran islam....tentera2 malaikat banyak membantu mereka dan malam mereka dipenuhi tahajud bukan dengan shisha.......janggut mreka lebat kerana mencontohi Rasulullah bukannya dicukur seperti org kafir dan seperti pondan......pada diri mereka terbayang diri para shabat nabi saw....dan akhlak mereka sangat baik,wanita2 mereka berhijab dengan smpurna hingga mata pun x kelihatan,masjid2 mereka penuh dan tiada laungan 'bidaah bidaah bidaah' dimasjid mereka..akidah mereka terhadap Allah sangat suci dari penjisiman allah dan tidak sama sekali mereka menyamakan Allah dengan makhluk...sungguh mreka adalah pejuang yg sangat aku kagumi yg aku lihat dengan mata kepala aku sendiri....kepada yg pernah sampai ke afghan/pakistan pasti akan membenarkan kata2ku........berbeza dgn di palestin, tidak layak aku komen lebih melainkan jejaklah sendri di sana dan lihatlah siang mereka dan malam mereka, lihatlah wanita mereka dan aurat mereka, lihatlah masjid mereka dan lihatlah mazhab mereka dan akidah mereka, lihatlah janggut mereka dan pakaian mereka dan tak perlu ku ungkapkan apa2 lagi melainkan nilailah sendiri dan fahamilah kenapa smpai sekarang Allah tidak membantu mereka.......
                                                                                                                                                                                                  
Kepada yg pernah bertemu dengan pejuang palestin dan pernah jejak kaki ke Gaza, jujurlah bahawa aku tidak menipu........buktikan lah jika aku menipu...

Aku telah bersama dengan kedua2 jemaah tersebut dan aku lihat dengan mata kepala sendiri dan bergaul sendiri dengan mereka hingga kini...

Daku dikelilingi pejuang afghan dan daku lihat sendiri apa amalan mereka bahkan mereka mngajak daku bersama dlm majlis mereka...sangat berbeza dengan satu lagi majlis yg malam mereka cuma dipenuhi judi dan shisha........perjuangan utk agama dan perjuangan utk tanah air itu TIDAK SAMA di pandangan Allah...

Masa tahun 2009 saya di India,saya berjumpa dengan seorang pejuang afghan yg sedang lari dari afghan sebab dicari polis tempatan atas arahan Amerika..masa tu dia lepak dengan saya dalam msjid Bangla Wali di new delhi..masa tu dia tasykil saya ikut die pegi afghan baiat dgn komandonya tapi mesyuarat putus x bagi..

Di palestin, yg sebaliknya berlaku kecuali segolongan kecil yg benar2 ikhlas. Disebabkn golongan kecil yg ikhlas ni lah Allah kekalkan palestin sampai sekarang dan x dihancurkan secara total.....kebanyakan mereka berakidah mujasimmah iaitu menjisimkan allah, mereka beriman allah ada tangan, kaki, muka(akidah wahabiyyah), mereka bermazhab salafi dalam fiqh dan skit2 bidaah2.  Masjid mereka kosong dan malam2 mereka suka berjudi sambil isap shisha..tentera2 israel langsung x takut kat diorangg kecuali beberapa golongan kecil je yg diorang gerun sebab keikhlasan mreka..dan bila ditanya perjuangan ini untuk apa, mreka jawab utk tanah air, ini tanah mreka(jadi bukan berperang kerana nk tegakkan agama Allah)...mereka juga cukur janggut2 mereka dan wanita2 mereka bebas berkeliaran tanpa mahram, tanpa purdah , x kurang juga yg seksi2....palestin bertahan sebab dalam jamaah Hamas ada segolongan kecil yg sangat kuat ibadatnya, mereka berperang sambil baca quran dan sangat menjaga solat mereka..dan mereka ni lah target utama org israel...zionist selalu hantar assasin utk cari org2 hamas yg macam ni untuk dibunuh sebab tu sumber kekuatan org islam palestin..bila segolongan kecil ni dah habis semua..maka seluruh palestin akan hancur...waktu itu barulah tentera mahdi yang berpegang teguh dengan sunnah akan menuntut bela dan tawan semula palestin kerana Allah...insyallah...

Sebab tu Syeikh Ahmad Yasin cepat2 dibunuh oleh org yahudi..Dalam hamas ada segolongan kecil yg sangat kuat tawajuhnya pd Allah, mereka2 inilah yg menarik tentera malaikat datang membantu, sebab tu zionist bertungkus lumus hantar assasin utk bunuh diorg2 ni...

Kalau perang dengan mujahid afghan, bila dapat berita musuh datang, komando akan kumpulkan semua ank buahnya dan tanya sapa yg tahajud paling byk.  5 atau 6 orang yg paling byk tahajud akan dihantar sebagai jemaah penyerang utama..5-6 org tu selalunya pergi sekejap je dan pulang dgn kemenangan..lori2 tentera kafir hancur kena serang dengan diorang yg cuma 5-6 org...

Berjuta2 derma, berjuta2 rakyat boikot israel, berjuta2 gmbar di share tapi semuanya langsung tak runtuhkan empayar kecil israel walaupun sikit, berbeza dengan russia perang dgn pejuang afghan yang sangat2 sikit, tanpa kutipan derma, miskin tanpa kelengkapan perang, dianggap pengganas, tiada boikot terhadap russia dilakukan tapi rusia kalah teruk walaupun empayar mereka sangat besar berpuluh kali ganda dari israel dan senjata mereka lebih hebat dari israel.......

Kemenangan umat islam bukan terletak sebanyak mana derma & boikot dilakukan, tapi sejauh mana rakyat itu berubah kembali kpd Allah dan bertakwa pd Allah dan jaga amalan2 wajib dan sunat.....kalau semua bangkit buat ni..sekejap je israel lenyap...dan percayalah, perkara yang samalah yg akan diperjuangkan Imam Mahdi kerana apa yg saya katakan ini semuanya telah diusahakan oleh para nabi dan sahabat2 nabi yg telah menang perang hancurkan 2 empayar besar dunia iaitu rom dan parsi...

Elok kiranya kita merenung kembali surat Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqas : “Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-sama mu (tentera Islam) supaya menjauhkan diri daripada maksiat. Kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi orang Islam pada kekuatannya. Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka, jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak mereka”.

Itu baru saya cerita tentang palestin & afghan...dan ada org cakap ada apa dgn afghan? palestin kan kiblat pertama umt islam? masjid ketiga termulia bagi muslim? ada apa dengan afghan nak kecoh2?

Apa kalian pernah baca hadis nabi tentang tentera Mahdi datangnya dari khurasan? dimana khurasan? khurasan tu kat afghan la pakcik...afghan ialah negara yg xkan maju sampai kiamat sebab Allah nak pelihara tempat tu dari ftnah dajal seperti hp canggih2, computer ,tv, internet, fb dan lain2..tempat macam ni lah lahirnya tentera2 Imam Mahdi yang memakai serban hitam dan membawa panji hitam..pejuang2 afghan sentiasa perang pakai serban hitam...jadi ilmu hadis+ilmu sejarah+ilmu geografi sangat penting untuk memahami keadaan semasa dan sabitkan ia dengan ramalan2 nabi saw...

Sapa yg belajar hadis tentu biasa dengan nama2 tempat yg disebut nabi iaitu al-hind (india pkistan bangladesh), khurasan(separuh afghan separuh iran), rom timur (turki), syam (syria,jordan,palestin,lubnan), hijaz (arab saudi, kuwait, UAE) dan lain2 terminologi yang nabi gunakan ketika itu...kemudian dajal kelirukan kita dengan jajah seluruh dunia guna tentera british & bahagi2kan negara2 dengan sempadan lalu brubahlah nama2 tempat tu menjadi negara2 kcil sampai org baca hadis org x fhm lagi tempat mana yg nabi maksudkan...

Dan kenapa British dan Eropah sengaja ramaikan syiah di iran dan kenapa berkumpulnya syiah di iran? sebab di iran juga berkongsi wilayah khurasan..dalam hdis sebut tentera mahdi datang dari khurasan, jadi mereka nak tipu umat islam yg kononnya mereka lah yg dimaksudkan nabi....sebab tu mereka sentiasa pakai hitam sebab dlm hadis nabi gambarkan tentera Mahdi ni berserban hitam & bawa pnji hitam..jadi semua tu untuk kelirukan umat islam bahawa knonnya syiah adalah agama yg benar sebab kononnnya mereka ni tentera mahdi, bila dh jadi tentera mahdi, tentulah mereka di pihak benar..jadi mereka tipu kita dengan cara camni..jadi jangan sesekali fikir tentera mahdi datang dari wilayah khurasan yg dalam jajahan iran, tapi yakinlah ia datang dari wilayah khurasan jajahan afghan..atau mungkin juga datang dari wilayah iran tapi yg penting tntera tu bukan syiah laknatullah.

Wallah hu ‘alam.
Read More

Sunday, November 25, 2012

Tahniah papabil


Suara13: tahniah papabil...comel anak ko jang!
Read More

Info, Doa dikurniakan keluarga bahagia




Ertinya : Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa - Al-Furqan; 74
Read More

Remaja Hidup Mewah Dengan Menjadi Hacker



Kewujudan hacker semakin lama semakin diperakui. Bahkan Google pernah menjemput para hacker di seluruh dunia untuk menguji produk Chrome nya yang konon anti hack.

Banyak cerita-cerita hebat tentang hacker yang berjaya membolosi website2 popular walaupun website2 tersebut dilengkapi dengan sistem security yang tinggi.

Salah satu kisah seorang remaja 19 tahun yang berhasil membolosi website bank-bank sebanyak £ 18m melalui kad kredit (dailymail.co.uk).

Nick Webber yang di dibuang dari sekolah kerana memiliki keperibadian yang rendah dan dari sinilah awal perjalanan kariernya sebagai hacker.

Menimba kemampuan IT di asrama sekolah Bradfield College, England, Nick memutuskan untuk pindah ke sebuah desa di daerah Berkshire. Dari sini, dia membentuk kerajaan internetnya melalui web GhostMarket.net yang menjadi wadah bagi para hacker internasional berkomunikasi melalui forumnya. Mereka berbagi tutorial cara mengerat laman web perbankan, pemalsuan kad kredit dan sebagainya.

Akhirnya Nick yang anak bekas politik ini berjaya membolosi 132 ribu tandatangan di pelbagai bank. Dia bekerjasama dengan beberapa kawannya di antaranya Ryan Thomas, berusia 18 tahun dan Gary Kelly, gadis berusia 21 tahun yang juga seorang ahli pemalsuan kad kredit.

Ketiganya sempat menikmati hasil kegeniusan mereka dengan hidup berfoya-foya di kepulauan Malloca, Sepanyol sebelum akhirnya tertangkap oleh Polis Cyber crime England yang selama ini mengikuti dan menyiasat kes mereka.

Setelah penangkapannya, Nick masih sempat menitipkan pesan kepada para member GhostMarket.net, “Untuk menjadi hacker sejati, kamu harus boleh menjadi Ghost”. Nick dipenjara 5 tahun atas kesalahannya itu.
Read More

Hebat, Tokoh Penterjemah Al-Quran Ke Bahasa Jepun



Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.

Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.

Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab.

Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.

Tidak dapat saya pastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam. Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS.

Imam Shumei Okawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.

Beliau telah dituduhkan sebagi seorang yang mengalami ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah hospital mental yang terkenal.

Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shumei Okawa pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama.

Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.

Subhanallah, Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al Qur’an di Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an hasil daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.

Semoga Allah mengurniakan kepadanya Syurga Firdaus al’aala.

Sumber: islamituindah.my
Sumber Asal: Dr Zainur Rashid Zainuddin
Read More


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
Read More

Suara13: Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....
Read More

Pelik, Kereta Mainan Berusia 7500 Tahun Ditemui


“Kereta mainan” dipamerkan bersama boneka mainan dan wisel (semuanya terbuat daribatu) di Muzium Mardin. Arkeolog Mesut Alp melaporkan bahawa kereta mainan itu yang paling tidak berusia 7.500 tahun atau bertarikh kembali ke akhir Zaman Batu. Ketika bercakap dengan wartawan dari agensi berita Cihan dan dengan reporter Todays Zaman, Alp berkeras bahawa benda itu adalah kereta mainan.

 

Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan Mardin, Davut Beliktay, menegaskan bahawa benda yang dipamerkan salah satunya adalah kereta mainan berusia 7.500 tahun. Beliktay mengatakan bahawa kereta itu “seperti salinan” kereta hari ini, menambah bahawa benda itu juga menyerupai traktor. Namun , ia tidak menjelaskan bagaimana kereta mainan boleh berusia 7.500 tahun. Mengulas mainan kuno yang lain, ia berkata: “Kami percaya bahawa wisel dan boneka berasal dari 5,000 hingga 6,000 tahun yang lalu. Peluit-peluit masih dalam keadaan baik”. Beliktay mengatakan kepada media bahawa maklumat yang komprehensif mengenai kereta mainan 7.500-tahun itu akan segera dikeluarkan.

 
Read More

Saturday, November 24, 2012

Awas, Jangan Minum Air Sambil Berdiri



Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (6/110-111),

sungguh janganlah salah seorang dari kamu minum sambil berdiri

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad (7990), dari Abu Hurairah,

Dari Nabi s.a.w., bahawa sesungguhnya beliau melihat seorang lelaki minum dengan berdiri. Kemudian beliau bersabda kepadanya, “muntahkanlah!” orang itu bertanya, “mengapa?” beliau bersabda “apakah kamu suka jika minum bersama dengan kucing?” orang lelaki itu menjawab “tidak” dia bersabda lagi “sesungguhnya telah minum bersamamu sesuatu yang lebih buruk dari itu, iaitu syaitan!”

Hadith ini sahih sanadnya, dan hadith ini muncul juga dengan lafaz yang lain oleh Imam Ahmad (7790 dan 7796)


jikalau orang yang minum sambil berdiri itu mengetahui apa yang ada dalam perutnya, tentu dia akan memuntahkannya

Maka dengan ilmu yang kita telah pelajari hari ini, kita amalkan lah supaya tidak minum sambil berdiri kerana kita akan minum bersama syaitan. Mahukah anda ?

Read More

GEMPAR, ASKAR ISRAEL MENANGIS KERANA HAMAS.


Masa korang bom kanak2 & wanita xder pulak menangis....Lepas kena belasah dengan Hamas baru berakal........

Fakta:
1: Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.

2: Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

3: Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.

4: Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama 2 juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.

5: Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, Drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.

6: Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.

7: Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.

8: Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal meskipun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.

9: Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel meskipun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.


Read More

Friday, November 23, 2012



Pencerobohan tentera zionis yahudi laknatullah sudah lebih satu minggu dan telah meragut ratusan orang Palestin, di antaranya puluhannya  adalah kanak-kanak. Pencerobohan ketenteraan laknatullah ini juga munculnya tali barut yahudi di Gaza.

Anak muda di atas (kelihatan dalam gambar) tengah dipijak kepalanya oleh seorang perempuan tua. Tahukah siapa yang menginjak kepala anak muda itu?

Perempuan itu adalah ibu kepada anak muda tersebut. Si ibu merasa malu dan mendapatkan aib kerana anaknya telah memberikan maklumat kepada perisikan Israel tentang kewujudan para pejuang Palestin.

Ibu itu yang mengandung dan membesarkannya tetapi ibunya ihklas melihat anaknya dihukum mati di depan umum, supaya memberi pengajaran bagi yang lain.

Dia sendiri, walau dengan hati hancur memijak anaknya itu. Melihat kejadian ini beberapa orang memberitahu, "si ibu memijak kepala darah dagingnya sendiri kerana di sana ada tujuan yang lebih kuat dan lebih mulia iaitu tanah dan kehormatan Palestin."
Read More

Hebat, Muslim pertama dalam Kabinet British


Khan berjaya melakar sejarah British sendiri, sebagai Ahli Majlis Privi moden pertama berketuruan Asia dan Muslim pertama yang menyertai Kabinet. Sungguhpun beliau kini sebahagian daripada Golongan Berkuasa, apakah beliau masih berdepan dengan perkauman yang lazim? Buat pertama kalinya dalam wawancara yang dijalankan, beliau kelihatan tidak selesa.

“Saya sentiasa resah dengan soalan itu…saya menumpukan hidup saya untuk menggalak orang ramai daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai politik dan sebelum itu menyertai perundangan, sama ada ketika berada di perhimpunan, masjid, pusat komuniti, rumah ibadat, gereja.

Saya amat resah untuk menceritakan sesetengah kisah saya, kerana saya pernah melalui waktu mencabar, dan ia mungkin membuatkan yang lain tawar hati untuk ke depan. Apa yang lebih saya suka adalah menggalakkan orang ramai. Masih terdapat lagi cabaran, tentu sekali masih terdapatnya cabaran pada 2012.”

Tetapi adakah benar, misalnya ketika beliau melaksanakan tugasnya sebagai peguam sesetengah hakim menyangka beliau adalah defendan berbanding peguam? “Ya,” beliau mengakui, sebelum menambah “tetapi saya tidak mahu berlagak sebagai mangsa. Saya tidak suka untuk menjauhkan anak muda daripada tampil ke depan menjadi peguam, hakim, wartawan dan ahli politik. Apa yang saya biasa lakukan adalah cuba menjelaskan kepada anak muda ‘berkerja keraslah dan kalian boleh mencapai kejayaan ini’.

Tidak ada contoh untuk diteladani ketika saya masih muda. Kini sudah ada contoh teladan di luar sana. Jadi saya lebih suka bercakap memgenai itu berbanding sesetengah kisah ngeri saya.”

Sekalipun beliau tidak selesa bercakap mengenai pengalamannya sendiri tentang perkauman, Khan tidak teragak-agak untuk memihak pemain kulit hitam yang tidak gembira dengan sikap dunia bola sepak terhadap isu perkauman. Beliau berkata Rio Ferdinand membuat keputusan yang betul minggu ini untuk memboikot kemeja-T anti-perkauman Kick It Out. “[Sir Alex] Ferguson, sungguhpun seorang yang saya kagumi (sebagai peminat Liverpool saya menyebutnya dengan rasa ‘terseksa’)  tetapi beliau salah untuk mengatakan yang beliau akan mendisiplinkan Rio kerana tidak memakainya.

Nilai yang saya pegang mengatakan anda hendaklah meletakkan diri anda di tempat orang lain buat seketika untuk memahami perasaan mereka…Ferguson mungkin datang dari latar belakang yang sederhana dan beliau mungkin secara keseluruhannya adalah seorang insan yang hebat dan juga merupakan penyokong parti Buruh, tetapi beliau tidak dapat meletakkan diri dia di tempat Rio. Tindakan beliau menunjukkan kejahilan untuk seorang pengurus yang bijak dan itu mengejutkan saya.”
Khan juga lebih selesa apabila ditanya sejauh mana pentingnya Islam kepada dirinya.

“Ia merencanakan hidup saya. Bermula daripada saat saya bangun sehingga saya tidur, ia mendefinisikan diri saya. Sikap saya kepada orang lain, bagaimana saya membawa diri, keluarga, agama adalah penting sepertimana perkata lain. Saya sudah berkahwin, saya seorang ayah, seorang berketurunan Asia, seorang penduduk London, semua itu penting juga tetapi saya dibesarkan untuk menjadi Muslim yang baik,” kata beliau.

Adakah beliau merasakan politik sukar untuk disesuaikan dengan tuntutan untuk bersembahyang lima kali sehari dan berpuasa?

“Memang sukar. Kami mempunyai keinginan untuk menangguhkan sembahyang, disebut Qasr, jadi seringkali saya terpaksa menggabungkan waktu sembahyang dan tidak diragui lagi akan membuatkan imam saya memarahi saya. Berpuasa amat sukar ketika musim panas. Sekiranya Hari Raya jatuh pada hari berkerja saya terpaksa keluar awal untuk bersembahyang dan kemudian kembali bekerja sepanjang hari. Anak (beliau mempunyai dua anak perempuan] sering kali ketinggalan…ia sukar.”

Khan berbangga kerana sebagai menteri beliau pernah menyelia acara berbuka puasa pertama di kedutaan British di Washington, bersungguh menegaskan betapa majunya peluang dan toleransi agama di UK.

Hakikatnya, seorang budak lelaki berketurunan Pakistan dari kawasan majlis Tooting masih boleh mendaki kedudukan tertinggi politik di Britain. “Sesuatu yang sepupu saya di Pakistan dan India katakan adalah ‘kamu tahu, kami di negara kelahiran sendiri  tidak dapat membayangkan akan dapat berada dalam Kabinet di India dan Pakistan dan lihatlah kamu sebagai minoriti baik dari segi kaum dan agama mencapai kedudukan kamu sekarang’. Itu merupakan sesuatu yang berbaloi untuk diingat.”

Rencana ini adalah terjemahan kepada sebuah petikan wawancara yang bertajuk “Counsel of calm” daripada majalah The House, Bil. 1431, Jilid 36.

Sumber: roketkini.com

Read More

BERSEMPENA dengan Jamuan Rakyat dan Iftor Perdana di Stadium Sultan Muhammad ke V Sabtu ini, rakyat Kelantan disaran berpuasa dan bersama-sama berbuka puasa bersama pemain dan pemimpin Kerajaan Negeri.

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012


 

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd Fatah Mahmod berkata, pertukaran masa jamuan itu dibuat memandangkan Sabtu ini jatuh kepada 10 Muharam yang menggalakkan umat Islam berpuasa.

“Oleh itu rakyat dijemput berbuka puasa bersama dan jamuan berlanjutan sehingga 9 malam,” katanya. 

Abd Fatah berkata, pelbagai acara pada majlis itu bermula pada jam 3 petang merangkumi pelbagai acara seperti penalti dunia gelap, timbang bola, teka bola selain persembahan dikir Warriors.

Sejurus selepas itu katanya, acara perarakan tiga piala diiringi 500 buah motosikal bersama pemain Kelantan bermula di pejabat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Chica menuju ke Stadium Sultan Muhammad IV. 

“Selepas solat isyak, majlis bermula dengan ucapan dari Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disusuli dengan majlis penyampaian pakej umrah, cabutan bertuah motosikal dan penyerahan sijil-sijil kepada kelab penyokong diseluruhi negara,” katanya. 

Sehubungan itu, rakyat dijemput hadir memeriahkan majlis yang diadakan setelah Kelantan meraih treble dan Liga Malaysia sekali gus mengharumkan nama Kelantan. — Bernama 

Berdasarkan surat jemputan, jamuan akan bermula pada jam 7.30 malam (berbuka puasa).

Jamuan rakyat itu diadakan sebagai menghargai kejayaan Kelantan munculJuara Piala Malaysia 2012, Juara Piala FA 2012 dan Juara Liga Super 2012. 

Kelantan menewaskan ATM 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, 21 Oktober lalu. 


Read More

Info, Katarak Penyakit Kelabu Kanta Mata


Apa Itu Katarak?

Penyakit katarak adalah penyakit di mana kanta mata yang asalnya jernih bertukar keruh menjadi warna kelabu atau putih. Ia juga dipanggil selaput mata.

Katarak mungkin berlaku pada kedua-dua belah mata, tetapi mengikut tahap yang berbeza bagi setiap mata.

Katarak dikatakan menyerang satu daripada enam indidvidu yang telah melangkau usia 40 tahun. Menjelang usia 75 tahun, hampir semua orang akan mengalami katarak pada salah satu atau kedua-dua belah mata mereka.
Bagaimana Ianya Terjadi?

Cahaya yang memasuki mata secara lazimnya perlu melalui kanta mata untuk ke retina bagi menghasilkan imej. Akibat kekabutan kanta (disebabkan oleh katarak), imej yang terbentuk di retina mengalami gangguan. Inilah penyebab mengapa pesakit katarak mengalami gangguan penglihatan selain silau dan sensitif pada cahaya lampu, halos dandiplopia (penglihatan berganda), dan gangguan penglihatan warna. Namun, harus diingat, katarak tidak menyebabkan kesakitan pada organ mata, menyebabkan pesakit katarak cenderung untuk membiarkannya tanpa rawatan segera.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak adalah berkait rapat dengan faktor peningkatan usia, cedera pada lensa mata, pesakit diabetis juga terdedah kepada penyakit ini, penyakit mata, katarak bawaan sejak lahir, katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu menghidap jangkitan penyakit seperti rubela semasa kehamilan dan ia dikenali sebagai katarak kongenital dan juga paparan berlebihan terhadap sinar ultraviolet yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak.

Katarak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 
  1. Katarak subkapsular posterior

  2. Katarak nuklear

  3. Katarak kortikal



Pesakit yang mengalami katarak subkapsular posterior akan mengalami silau terhadap cahaya lampu kenderaan di hadapan atau cahaya matahari dan mengalami gangguan penglihatan dekat. Pesakit dengan katarak nuclear akan mengalami perubahan kuasa cermin mata (myopia). Manakala, pesakit yang mengalami katarak kortikal akan merasa silau sepanjang masa.

Simptom-Simptom Katarak

Kajian terkini mendapati terdapatnya simptom-simptom awal yang menunjukkan seseorang itu mendapat katarak. Apabila anda mula perasan terdapatnya simptom-simptom ini, eloklah ambil tindakan segera berjumpa dengan doktor mata bagi mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum keadaan mata menjadi semakin teruk.
  1. Pandangan mata menjadi kabur tanpa rasa sakit.

  2. Silau dalam cahaya terang.

  3. Nampak halos di sekeliling sumber cahaya.

  4. Objek kelihatan dua pada sebelah mata.

  5. Warna menjadi kurang jelas.

  6. Sukar membezakan bentuk dan warna daripada latar belakang.



Rawatan Katarak

Penyakit katarak boleh dirawati melalui pembedahan katarak.

Pembedahan katarak selalunya dilakukan di dalam bilik pesakit luar sahaja. Bius yang digunakan pula adalah bius setempat, dengan erti kata lain, pesakit masih sedar tetapi langsung tidak merasa sakit apabila telah dibiuskan.

Operasi mengambil masa selama 30 – 60 minit, bergantung kepada kepakaran dan jenis katarak. Bahagian kanta yang berkabut akan dibuang dengan menggunakan teknik yang dipanggil phacoemulsification. Melalui teknik ini, saiz bukaan incisi adalah kurang daripada 3mm. Jadi, kebanyakan masa, jahitan tidak diperlukan. Jika bukaan incisi tidak tertutup dengan baik, pakar bedah mata mungkin akan meletakkan jahitan sementara untuk membolehkan incisi sembuh dan mengelakkan tekanan rendah dalam mata serta jangkitan kuman.

Pesakit selalunya dibenarkan pulang selepas 1 – 2 jam setelah pembedahan jika pakar bedah telah berpuas hati. Mata yang dibedah akan ditutup sehingga keesokan harinya. Pesakit akan dibekalkan dengan ubat penitis bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Secara amnya, pembedahan untuk katarak ini mempunyai peratusan kejayaan yang tinggi, namun terdapat juga risiko-risiko yang harus diperhatikan seperti jangkitan kuman, kuasa kanta yang tinggi, kanta baru yang dipasang boleh berkabut seperti sebelumnya, retina tercabut atau bengkak (1%).

*Maklumat ini hanya bertujuan untuk pengetahuan dan edukasi am sahaja. Sila rujuk kepada doktor mata anda untuk mendapatkan nasihat berhubung kesihatan mata anda.

sumber
Read More

Jahanam, Israel Mula Langgar Gencatan Senjata



TEL AVIV: Sehari pasca penandatanganan nota gencatan senjata antara Israel dan Hamas, Rezim Zionis melanggar kesepakatan damai itu dengan menembaki sejumlah warga Palestin di timur Khan Yunis.
Penembakan yang dilakukan militer Israel terhadap warga sivil Palestin Khamis semalam setidaknya melukai lima orang.

Tv al-Alam melaporkan kelima warga Palestin itu ditembak dari kereta militer Israel yang berpatroli di wilayah al-Farahin. Pada Rabu malam 21 Nov Menteri Luar Negeri Mesir Mohammed Kamel Amr mengumumkan Israel dan gerakan muqawama Palestin Hamas mencapai sepakat gencatan senjata. .

Isi gencatan senjata itu menegaskan dua hal penting:
Pertama, Israel akan menghentikan seluruh agresinya terhadap Jalur Gaza dari darat dan udara.
Kedua Pembukaan jalur-jalur penyeberangan dan mempermudah lalu lintas orang dan barang, serta tidak membatasi warga dan penduduk Gaza.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Namapun Yahudi/Zionis, negara bangsat tidak pernah tepati janji. Lihat sejarahnya dalm Al-Quran. Awa-awal lagi sudah diterangkan supaya berjaga-jaga, walauun tidak semua begitu.
Read More

Jahanam, Israel Siap Isytihar Akan Serang Lagi



TEL AVIV 23 Nov 12: Baru saja sepakat gencatan senjata, Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu (gambar) mengancam akan melakukan serangan kembali ke Jalur Gaza. Dia menyatakan rejim Tel Aviv siap untuk serangan baru ke Jalur Gaza, sebentar tadi.

"Saya tahu ada warga yang mengharapkan kami bertindak tegas di Gaza. Kerana itu kami siap untuk menyatukannya. Kami memilih bia, terhadap siapa, dan bagaimana perlu bertindak," katanya seperti dikutip dari Press TV.

Hal serupa juga pernah diungkapkan sebelumnya oleh Menteri Urusan Militer Israel Ehud Barak. Barak mengancam akan melanjutkan serangan ke Gaza jika kesepakatan yang diprakarsai Mesir menemui kegagalan. Barak juga menyatakan kesepakatan gencatan senjata kemarin bukan perjanjian formal antara rezim Israel-Hamas.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, menolak kemungkinan terulangnya kembali aksi kekerasan di daerah pesisir Gaza.

"Saya ingin mengatakan kepada rakyat Palestin di Gaza, di Tepi Barat dan di manapun berada, pilihan menyerang Gaza setelah kemenangan ini telah hilang dan tidak akan pernah kembali," katanya.

Seperti diketahui sebelumnya, gencatan senjata antara Israel-Palestin akhirnya tercapai mulai pukul 21.00 waktu Kairo, Khamis. Gencatan senjata dicapai setelah lapan hari pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas yang menguasai Jalur Gaza. Pertempuran yang sudah dimulai sejak Rabu lalu telah mengorbankan lebih dari 160 warga Palestin, lima warga Israel, serta membuat sekitar 1,200 warga Palestin terluka.
Read More

Hairan, Piramid Bukan Hanya Di Mesir



Piramid juga terdapat diseluruh dunia malah disemua benua.

Persoalannya adakah benar Firaun yang memulakan idea membina Piramid? Jika begitu siapa pula yang membina piramid yang sama bentuk di benua lain.
Read More

Gempar, CERITA robohkan MAKAM NABI SAW adalah PALSU!




Perluasan Masjid Nabawi Oleh Kerajaan Arab Saudi HINGGA Menghancurkan Maqam Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam adalah BERITA DUSTA @ FITNAH media IRAN !

Beberapa hari kebelakangan ini tersebar berita mengenai niat pemerintah Arab Saudi yang ingin memusnahkan maqam sebaik-baik manusia, Nabi Muhammad saw. Berita ini menyebabkan berlakunya protes dan kecaman dari berbagai lapisan umat Islam yang sangat mencintai dan mengagungkan Nabi Muhammad saw.

Semangat dan kecintaan terhadap Nabi saw ini sesuatu yang sangat kita syukur, dan Alhamdulillah pembelaan terhadap Nabi saw masih menebal di dada-dada umat Islam.

Namun rasa cinta dan pembelaan kita terhadap Nabi saw jangan sampai dipergunakan oleh musuh-musuh Islam untuk memecahbelahkan barisan umat Islam itu sendiri. Alangkah baiknya apabila berita ini diteliti terlebih dahulu agar kita tidak termasuk dalam firman Allah

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. Al Hujurat: 6)

Berita mengenai perobohan maqam ini diambil dari Fars News Agency, salah satu agensi berita dan media dari Iran.

Sebagaimana yang diketahui, Iran memiliki latar belakang ideologi yang menolak fahaman Ahlussunah wal Jamaah yang menjadi tunjang Arab Saudi dan pandangan politik Tehran juga sentiasa berselisih dengan Riyadh dalam soal Timur Tengah mahupun antarabangsa. Bukan sekali Tehran melemparkan kenyataan yang memburukkan Riyadh.

Selain itu, "track record" media Iran dikenal pasti buruk dalam kebebasan mereka menerbitkan berita. Mereka tanpa segan melakukan pembohongan dan memanipulasikan berita demi kepentingan mereka.

Seperti ketika Iran menjadi tuan rumah Perbincangan Negara-Negara Berkecuali pada tahun ini, media Iran sengaja mengubah terjemahan ucapa Presiden Mesir, Muhammad Mursi yang disampaikan dalam bahasa Arab. Mursi mengutuk pemerintah Syria diatas serangan mereka terhadap rakyatnya dan menyeru dunia agar membantu masyarakat Syria menuju kebebasan. Namun ucapan itu diubah oleh media Iran dengan terjemahan bahasa Parsi menyeru agar dunia membantu masyarakat Bahrain merdeka dari pemerintah mereka.

Sebagaimana yang kita ketahui, Syria merupakan sekutu kuat Iran, baik dalam ideologi Syiah mahupun pandangan politiknya. Sedangkan Bahrain adalah negara Ahlussunah dan masyarakat yang memberontak adalah Syiah. Oleh kerana itu, television Iran memalsukan terjemahan pidato Presiden Mesir agar pengaruh Tehran di dunia Arab semakin kuat. Rujuk video perubahan pidato tersebut:

http://www.youtube.com/watch?v=pNoPNKepQxI&feature=player_embedded 

Walhal, jangankan maqam Nabi saw, rancangan untuk memperluas mathaaf (tempat tawaf) di sekitar Kaabah dengan merobohkan tiang-tiang mashaabih yang merupakan tinggalan dan sentuhan khilafah Uthmaniyah sampai sekarang tidak direalisasikan kerana pemerintah Arab Saudi mempertimbangan perasaan umat Islam secara umum dan perasaan rakyat negara Turki secara khusus.

Yang benar ialah projek pembesaran Masjid Nabawi meliputi sayap Timur dan Barat masjid tanpa melakukan perubahan terhadap maqam Nabi dan dua sahabatnya yang mulia.

Mudah-mudahan Allah subhanahu wa ta'ala tetap menjaga umat Islam di atas petunjuk Nabi-Nya yang mulia, Muhammad saw dan menganugerahkan kita kecintaan terhadap Nabi-Nya serta menghancurkan tipu daya orang-orang yang hendak memecah-belahkan persatuan umat Islam.

Ditulis oleh Nurfitri Hadi, M.A (Tim Redaksi Konsultasi Syariah.com)

Sumber: http://www.konsultasisyariah.com/fitnah-arab-saudi-akan-menggusur-makam-nabi/#ixzz2BLVXC6rN
Read More