Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, December 21, 2012


Pergaduhan di Sungai Petani : Ada yang mengatakan yang kami tidak prihatin dengan isu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah yang dikatakan berlakunya baru-baru ini rusuhan kaum antara Melayu VS India yang berlanjutan berhari-hari di sana. 


Kata “mereka”. Melayu jenis apa kamu ini Berita Semasa? Adakah kamu tidak sayang bangsa kamu sendiri?
Ha….benarkah? Kalau begitu kami daripada pasukan
Berita Semasa akan menghantar satu bas untuk mempertahankan agama & Islam di Kedah, Malaysia sekarang ini juga. Allahuakhbar!!
Macam-macam versi cerita yang keluar mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kampung Nahu, Sungai Petani Kedah baru-baru ini….Ini beberapa kemaskini yang dilakukan oleh segelintir individu yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama anda di sini….
  1. Ada yang mengatakan kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
  2. Khabar angin kononnya ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat
  3. Dan macam-macam lagilah……
Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah : Pelbagai Versi Cerita

Facebook Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?
“Ada yang mudah terpengaruh dan ada juga yang melakukan analisa berita terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk terus mempercayainya”
Paya Nahu Sungai Petani Kedah Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Erm…..Beginilah. Mengapa…..
Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi “semangatnya” melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut?
Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes pergaduhan di Sungai Petani seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan di Sungai Petani bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh?
Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng sehingga seperti mahu melihatkan rusuhan di Sungai Petani benar-benar terjadi. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhean tidak perlulah terlalu mengikut emosi mempercayai rusuhan di Sungai Petani, Kedah benar-benarterjadi dan biarkan polis menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya….
“Tidak perlulah melibatkan kaum dan agama dalam isu-isu seperti ini semata-mata mahu menghalalkan tindakan daripada segelintir pihak seperti _____ & _______”

Ayahanda Cik Joe Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!

India Melayu Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?
Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)
  • Sebenarnya, kes pergaduhan di Sungai Petani berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  • Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan
Rusuhan Kaum Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?
P/S : Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk sebenarnya…
PP/S : Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu ini (kes pergaduhan di Sungai Petani contohnya) tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya…

Read More

36 ditahan terlibat kes gaduh di Sg Petani


Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani

Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.
“Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.

Katanya polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan.

Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat.

Katanya apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.

Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.

“Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta,” katanya.

Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segera menghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dan sensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugat ketenteraman awam.

Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu.

“Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal, masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuil atau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger,” kata Ahmad.

Bernama


Read More

Monday, December 10, 2012



8 Disember 2012 - NAZARETH, (PIC)-- Kesatuan Eropah telah mengancam untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Israel termasuk sekatan ke atas produk-produk dari penempatan Yahudi yang dibangunkan secara haram di atas tanah penduduk Palestin sebagai tindak balas terhadap pembangunan projek berterusan dan perluasan penempatan di wilayah jajahan.

Akhbar Ibrani Ma'ariv menyiarkan pada hari Khamis bahawa terdapat usaha Eropah untuk menggubal undang-undang bagi menghalang produk penempatan melalui pelabelan untuk membezakan mereka daripada produk-produk lain di pasaran Eropah, protes terhadap keputusan Israil untuk membangunkan tiga ribu unit rumah baru di Tebing Barat dan bandar jajahan Jerusalem.

Akhbar memaklumkan bahawa Kesatuan Eropah akan membentangkan draf undang-undang kepada Jawatankuasa Menteri Luar Kesatuan Eropah untuk meluluskan undang-undang tersebut.

Sumber: Palestine News Network
Read More

Hotel di Malaysia larang pekerja tutup aurat?


Harap pihak berkaitan terutama JAKIM, Pejabat Buruh, Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat dakwaan di bawah ini serta mengambil tindakan susulan yang efektif demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu terutama wanita Melayu dan wanita Islam.

LARANGAN MENUTUP AURAT OLEH PIHAK KOORDINATOR HOTEL 

Saya sesungguhnya merasa tercabar di negara kita sendiri yang AGAMA ISLAMNYA, agama RASMI negara kita.

Berani sungguh mereka membuat peraturan begitu, untuk menjahanamkan generasi Islam negara kita.

Kejadian ini berlaku semasa saya menghantar anak saya & 3 orang rakannya yang menuntut di PTPL, Shah Alam menjalani Latihan Industri (LI) di Hotel Danna, Langkawi pada 18.11.2012 baru-baru ini.

Pihak Koordinator Hotel Danna, Langkawi tidak membenarkan pelajar Islam menutup aurat semasa menjalani LI di sana. Jika enggan, maka mereka akan gagal.

Berani sungguh mereka melawan perintah Allah SWT. Yang hairan & peliknya, orang Melayu yang beragama Islam bekerja pula di situ? Apa depa buat? Tak nak berjihad ke?

Seperkara lagi, PTPL, Shah Alam tidak peka ke, apakah syarat yang dikenakan oleh pihak Hotel Danna, Langkawi kepada mereka jika pelajar PTPL ingin menjalani LI di sana? Sedangkan Pensyarah PTPL majoritinya bangsa Melayu, agama Islam ke? Ini menunjukkan isu ini telah lama berlaku….!

Saya tidak mahu ini terjadi kepada anak saya & tiga orang rakannya. Biarlah mereka menjadi pelapis utama memperjuangkan aurat mereka, demi AGAMA ISLAM kita. Fisabilillah.

Ini negara kita…! Bukannya luar negara… Macam mana nak merealisasikan Halal Hub yang diuar-uarkan PM kita?

Sekian….

1slam dinafikan hak oleh Koordinator

By: Badariah
aduanrakyat.com.my
Read More

Friday, December 7, 2012



Perancis - Pembukaan masjid yang ditujukan untuk kaum homoseksual di Perancis mengundang kecaman dari masyarakat Muslim kerana menjalankan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang benar.

"Ini merupakan penyalahgunaan definisi masjid," kata Dalil Boubakeur, pimpinan Masjid Grande atau masjid Raya di Paris, FRANCE 24 melaporkan sebagaimana disiarkan onislam.net, Isnin 3 Disember.

Masjid dibuka di timur Paris pada hari Jumaat untuk dikunjungi oleh kaum homoseksual saja.

Pengasas masjid, Ludovic Mohammed Zahed, berpendapat bahawa masjid yang dia dirikan bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam Islam, seperti homoseksualiti. Dia juga menegaskan bahawa masjid bagi kaum homoseksual, yang terletak di sebuah kuil Hindu, adalah hasil dari tafsiran moden dari ajaran Islam. Tokoh homoseksual itu juga mengatakan bahawa perempuan akan memimpin solat Jumaat di masjidnya.

Tetapi hujah itu ditolak oleh Boubakeur, menekankan bahawa masjid itu bertentangan dengan semangat ajaran Islam.

"Masjid-masjid yang sudah ada menerima semua orang, sehingga mencipta satu (masjid) khas untuk kaum homoseksual adalah bertentangan dengan semangat (ajaran) Islam," katanya.

Read More

Thursday, December 6, 2012



GAZA 5 Dis 2012 : Masjid menelan belanja lebih RM300,000 itu sudah melalui proses pecah tanah dan rancak dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Penyayang Islam (Muslim Care) Malaysia sejak 14 November lalu.

Presiden Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, Dr Anwar Abdul Aziz berkata, masjid dinamakan sebagai Masjid Muhammad Al Amin dianggap simbol kasih sayang rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza.

Menurutnya, banyak bangunan masjid di Semenanjung Gaza yang runtuh akibat sasaran serangan bom dan roket tentera Zionis baru-baru ini.

“Menyedari masalah menimpa penduduk Gaza, pihak Muslim Care Malaysia segera melakukan kutipan derma kilat untuk membantu rakyat Gaza selain memastikan masjid yang runtuh dapat dibina semula secepat mungkin.

Perjanjian persefahaman itu dimeterai antara Bendahari Agung Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan dan Anwar di pejabat operasi Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, di sini.

Zulkifli yang ditemui berkata, masjid baru di Gaza yang sedang dibina itu masjid pertama hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia. yang bersimpati terhadap warga Tebing Gaza.

“Saya penuh yakin sasaran kutipan derma tabung kecemasan Gaza berjumlah RM1 juta menjelang penghujung Disember ini mampu diperoleh,” katanya sambil memberitahu sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank 564490211159.

hmetro.com.my
Read More

Tuesday, December 4, 2012

90 cedera pelantar minyak hampir roboh.



SINGAPURA - Beberapa pegawai berkata, seramai 90 orang pekerja cedera, 23 orang lagi serius dalam satu kemalangan di sebuah dermaga kapal di sini, semalam. Kementerian Sumber Manusia menyatakan, kejadian itu berlaku ke atas struktur pelantar minyak yang dalam pembinaan. Syarikat Jurong Shipyard Pte. Ltd., membina struktur tersebut.

 Jurucakap limbungan kapal berkata, para pekerja sedang menguji strutur berkenaan tetapi salah satu kakinya gagal berfungsi lalu menyebabkannya condong. Katanya, pekerja yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.

 Dia menyatakan, seramai 53 orang telah dibenar keluar, manakala seorang lagi masih dalam keadaan kritikal. Siasatan ke atas kemalangan itu sedang dilakukan. - Agensi
Read More

Pengguna adu bil eletrik naik lepas ganti meter


Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.

ADUN Seri Setia itu berkata beliau menerima 22 aduan daripada pengguna yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.

Nik Nazmi berkata badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan memandangkan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan yang lebih baik dan tepat.

Dalam sidang media bersama pengerusi Biro Pelaburan PKR Wong Chen hari ini, Nik Nazmi mencadangkan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.

"Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna," katanya.

Read More

70 peratus individu bankrap adalah lelaki



Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.
 
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.
 
"Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
 
Lim berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967, yang dilihat terlalu ketat dan membebankan rakyat, adalah tepat pada masanya.
 
"Saya menyokong pindaan Akta Kebankrapan ini. Saya berharap pada pindaan kali ini, bank atau institusi kewangan hendaklah mencari peminjam dahulu dan bukannya seperti sekarang ini yang meletakkan bebanan ke atas penjamin sehingga mereka diisytiharkan muflis," katanya.
 
Lim berkata kajian juga perlu dibuat ke atas peningkatan kes bankrap bagi pinjaman kenderaan selain memberi perhatian terhadap golongan muda yang diistihar bankrap.
 
"Kes bankrap individu di bawah umur 25 tahun semakin meningkat, dan kita tidak mahu mereka baru dua tiga tahun kerja sudah bankrap.
 
"Perlepasan dari kebankrapan juga perlu dilonggarkan supaya orang muda yang sudah bankrap diberi peluang kedua, terutama dalam bidang perniagaan," katanya.

- Bernama


Read More

Kagum, Polis Amerika Anti-Pengganas Yang Baik Hati


Seorang anggota polis New York menjadi terkenal selepas gambarnya memberikan sepasang kasut but kepada seorang gelandangan tersebar di internet. Pemuda berusia 25 tahun dan bertugas di bahagian anti-pengganas ini telah “menghangatkan” seluruh warga Amerika dengan sifat mulianya ini.

Seperti yang diceritakan oleh seorang pemerhati, Jennifer Foster pada waktu gambar itu diambil suhu udara begitu dingin sekitar 3 darjah Celcius ketika dia sedang melakukan rondaan di sekitar pusat membeli belah di Time Square New York. Ketika itu anggota polis ini melihat seorang gelandangan tanpa sepasang karut...dan kakinya sudah mula kelihatan kebiruan kerana kesejukan. Tidak lama kemudian seorang anggota polis datang sambil membawa bungkusan plastik.

Anggota polis ini duduk dihadapan pengemis ini dan memberikan sepasang kasut but yang baru sahaja dibelinya. Setelah kasut bersama stokin diberikan kepada pengemis tersebut, anggota polis tersebut sempat berpesan kepada pengemis tersebut supaya berhati-hati dan menjaga diri.

Anggota Polis New York Lawrence DePrimo dan Jennifer Foster, wanita yang bertanggungjawab merakamkan saat dia membantu pengemis yang kesejukan di dalam rancangan temubual Today.

Rakaman CCTV kedai kasut menunjukkan saat anggota polis itu membeli kasut dan stokin untuk pengemis tersebut.

Seorang pekerja di kedai kasut tersebut menunjukkan jenis kasut yang dibeli oleh anggota polis kepada pengemis yang kesejukan.

Jennifer Foster yang tersentuh dengan peristiwa tersebut segera merakamkan saat yang dianggapnya sangat mengharukan itu tanpa disedari oleh anggota polis dan pengemis tersebut lalu memuat naik ke dalam Facebooknya.

New York Times kemudiannya mengenalpasti bahawa identiti anggota polis tersebut adalah Lawrence DePrimo berusia 25 tahun dan bertugas di bahagian polis anti-keganasan. Kebesaran hatinya apabila menyumbangkan kasut tersebut kepada pengemis itu telah dijadikan simbol kemanusiaan…

Lawrence ketika ditemubual oleh New York Daily News menceritakan…"Saya yang sedang memakai kasut pun turut merasakan kesejukan, apatah lagi jika orang itu tidak memakai kasut."

Lalu saya menghampiri pengemis tersebut dan menanyakan dimana kasutnya ... lalu pengemis itupun menjawab “Semua baik-baik saja…saya belum pernah mempunyai kasut....semoga Tuhan memberkati anda kerana bertanyakan hal ini..."

Lawrence segera bergegas ke kedai kasut dan membeli stokin bersama kasut but pada harga USD 75 sebelum kemudiannya kembali semula kepada pengemis tersebut dan menyarungkan sendiri stokin dan kasut itu ke kaki pengemis tersebut.

Malah dia turut menjemput pengemis itu utk minum kopi panas tapi menolaknya sambil berkata…"Tuan sudah melakukan sesuatu yang cukup banyak berbuat diri saya…. semogaTuhan memberkati anda…saya suka anda..”

Read More

Monday, December 3, 2012

NGERI, MAYAT MELEKAT DI BESI PEMBAHAGI JALAN!


Seorang pemandu lori mati ‘melekat’ di besi pembahagi jalan selepas terbabas ketika menunggang motosikal di Kilometer 0.2 Jalan Balakong-Seri Kembangan di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa S Subramaniam,48, dikatakan baru pulang dari tempat kerja di Balakong ke rumahnya di Taman Sungai Besi Indah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sendirian dipercayai gagal mengawal motosikal ditungganginya. 

Menurutnya, motosikal mangsa kemudian melanggar konkrit pembahagi jalan menyebabkan kepalanya terhentak di besi pengadang jalan. 

“Mangsa yang beralamat di pangsapuri Sungai Besi Indah itu maut serta-merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala. 

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya. 



Read More

Friday, November 23, 2012


BERSEMPENA dengan Jamuan Rakyat dan Iftor Perdana di Stadium Sultan Muhammad ke V Sabtu ini, rakyat Kelantan disaran berpuasa dan bersama-sama berbuka puasa bersama pemain dan pemimpin Kerajaan Negeri.

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012


 

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd Fatah Mahmod berkata, pertukaran masa jamuan itu dibuat memandangkan Sabtu ini jatuh kepada 10 Muharam yang menggalakkan umat Islam berpuasa.

“Oleh itu rakyat dijemput berbuka puasa bersama dan jamuan berlanjutan sehingga 9 malam,” katanya. 

Abd Fatah berkata, pelbagai acara pada majlis itu bermula pada jam 3 petang merangkumi pelbagai acara seperti penalti dunia gelap, timbang bola, teka bola selain persembahan dikir Warriors.

Sejurus selepas itu katanya, acara perarakan tiga piala diiringi 500 buah motosikal bersama pemain Kelantan bermula di pejabat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Chica menuju ke Stadium Sultan Muhammad IV. 

“Selepas solat isyak, majlis bermula dengan ucapan dari Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disusuli dengan majlis penyampaian pakej umrah, cabutan bertuah motosikal dan penyerahan sijil-sijil kepada kelab penyokong diseluruhi negara,” katanya. 

Sehubungan itu, rakyat dijemput hadir memeriahkan majlis yang diadakan setelah Kelantan meraih treble dan Liga Malaysia sekali gus mengharumkan nama Kelantan. — Bernama 

Berdasarkan surat jemputan, jamuan akan bermula pada jam 7.30 malam (berbuka puasa).

Jamuan rakyat itu diadakan sebagai menghargai kejayaan Kelantan munculJuara Piala Malaysia 2012, Juara Piala FA 2012 dan Juara Liga Super 2012. 

Kelantan menewaskan ATM 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, 21 Oktober lalu. 


Read More

Jahanam, Israel Mula Langgar Gencatan Senjata



TEL AVIV: Sehari pasca penandatanganan nota gencatan senjata antara Israel dan Hamas, Rezim Zionis melanggar kesepakatan damai itu dengan menembaki sejumlah warga Palestin di timur Khan Yunis.
Penembakan yang dilakukan militer Israel terhadap warga sivil Palestin Khamis semalam setidaknya melukai lima orang.

Tv al-Alam melaporkan kelima warga Palestin itu ditembak dari kereta militer Israel yang berpatroli di wilayah al-Farahin. Pada Rabu malam 21 Nov Menteri Luar Negeri Mesir Mohammed Kamel Amr mengumumkan Israel dan gerakan muqawama Palestin Hamas mencapai sepakat gencatan senjata. .

Isi gencatan senjata itu menegaskan dua hal penting:
Pertama, Israel akan menghentikan seluruh agresinya terhadap Jalur Gaza dari darat dan udara.
Kedua Pembukaan jalur-jalur penyeberangan dan mempermudah lalu lintas orang dan barang, serta tidak membatasi warga dan penduduk Gaza.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Namapun Yahudi/Zionis, negara bangsat tidak pernah tepati janji. Lihat sejarahnya dalm Al-Quran. Awa-awal lagi sudah diterangkan supaya berjaga-jaga, walauun tidak semua begitu.
Read More

Jahanam, Israel Siap Isytihar Akan Serang Lagi



TEL AVIV 23 Nov 12: Baru saja sepakat gencatan senjata, Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu (gambar) mengancam akan melakukan serangan kembali ke Jalur Gaza. Dia menyatakan rejim Tel Aviv siap untuk serangan baru ke Jalur Gaza, sebentar tadi.

"Saya tahu ada warga yang mengharapkan kami bertindak tegas di Gaza. Kerana itu kami siap untuk menyatukannya. Kami memilih bia, terhadap siapa, dan bagaimana perlu bertindak," katanya seperti dikutip dari Press TV.

Hal serupa juga pernah diungkapkan sebelumnya oleh Menteri Urusan Militer Israel Ehud Barak. Barak mengancam akan melanjutkan serangan ke Gaza jika kesepakatan yang diprakarsai Mesir menemui kegagalan. Barak juga menyatakan kesepakatan gencatan senjata kemarin bukan perjanjian formal antara rezim Israel-Hamas.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, menolak kemungkinan terulangnya kembali aksi kekerasan di daerah pesisir Gaza.

"Saya ingin mengatakan kepada rakyat Palestin di Gaza, di Tepi Barat dan di manapun berada, pilihan menyerang Gaza setelah kemenangan ini telah hilang dan tidak akan pernah kembali," katanya.

Seperti diketahui sebelumnya, gencatan senjata antara Israel-Palestin akhirnya tercapai mulai pukul 21.00 waktu Kairo, Khamis. Gencatan senjata dicapai setelah lapan hari pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas yang menguasai Jalur Gaza. Pertempuran yang sudah dimulai sejak Rabu lalu telah mengorbankan lebih dari 160 warga Palestin, lima warga Israel, serta membuat sekitar 1,200 warga Palestin terluka.
Read More

Mat Rempit ganggu nyalaan lilin anti-Lynas



Himpunan nyalaan lilin membantah Lynas Corporation di pelabuhan Kuantan malam tadi menarik kira-kira 400 penyokong dan sekumpulan penunggang motosikal yang datang membuat bising di situ.

Penunggang motosikal tersebut, kebanyakannya belia, menjerit ke
arah peserta himpunan tersebut sejurus selepas mereka berhimpun pada kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut wakil Himpunan Hijau, Clement Chin, terdapat kira-kira 30 anggota polis yang berada di tengah-tengah, di antara kedua-dua kumpulan tersebut, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan.

Walaupun tidak berlaku sebarang perbalahan, seorang wartawan Sin

Chew Daily dilaporkan berkata bahawa dia dikasari oleh beberapa penunggang motosikal tersebut.

Kataya, dia cuba untuk mengambil gambar kumpulan itu tetapi beberapa penunggang motosikal tersebut menjerit dan mengancam untuk bertindak terhadapnya.

Kumpulan penunggang motosikal itu beredar selepas kira-kira 30 minit.

sumber
Read More

Malaysia dapat anugerah negara paling bahagia



Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain.

"Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.

“Saya berkongsi maklumat ini kerana segala tindakan dan keberkesanan kita adalah selari dengan kebahagian masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan PDRM ke-24 di Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini, hari ini.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menggandakan usaha agar masyarakat di negara ini terus hidup aman dan bahagia.

Persidangan dua hari itu dihadiri 200 peserta terdiri daripada pegawai kanan polis dan ketua agensi polis bantuan seluruh negara.

Pengarah Urusan SESB Abd. Razak Sallim berkata penganjuran persidangan itu bagi memantapkan kerjasama dan hubungan dua hala di antara agensi polis bantuan dan Polis Diraja Malaysia agar imej pasukan polis dapat dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi. - Bernama
Read More

Thursday, November 22, 2012

Bapa mohon di mahkamah kahwin anak 12 tahun




Seorang bapa terpaksa merayu kepada Mahkamah Syariah supaya meluluskan perkahwinan anak gadisnya berusia 12 tahun yang enggan pulang ke rumah tetapi mahu tinggal di rumah teman lelakinya.
   
Pembantu Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim Azmi Ahmad berkata peristiwa itu berlaku kira-kira dua minggu lalu dan gadis itu dan teman lelakinya berusia 19 tahun akan mendirikan rumah tangga bulan depan.
   
"Gadis itu baru sahaja mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala pasangannya pula menganggur tetapi ibu bapa mereka bersetuju pasangan itu dinikahkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kem Bina Generasi al-Quran di Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob dekat Kulim hari ini.
   
Azmi yang mewakili Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim melancarkan program tersebut berkata waris gadis berkenaan telah membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah Daerah sebagai mematuhi Enakmen Keluarga Islam 2008 (Pindaan) Negeri Kedah.
   
"Bagi pihak perempuan yang berumur di bawah 16 tahun yang mahu bernikah dan lelaki pula yang berusia di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah melalui enakmen tersebut," katanya yang juga Ketua Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim.
   
Azmi berkata kes itu julung kali berlaku sejak berpuluh tahun beliau berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam di Kedah.

- Bernama
Read More

Tuesday, November 20, 2012

PTPTN: Berbilion jadi hutang lapuk




Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Agos Cholan berkata badan itu tetap mengambil tindakan dengan cara "baik" walau hanya mencapai separuh daripada kadar kutipan semula pinjaman.

"Kita ada cara baik dan cara keras. Setakat ini, kita bertindak agak baik dan sederhana. Kami iklankan di akhbar, papan iklan dan mengadakan kempen kesedaran untuk memberitahu orang ramai supaya "bayar balik lah", dan seterusnya.

"Kami beritahu mereka 'cuma bayar apa sahaja yang anda (mampu). Perkara seterusnya yang kami lakukan ialah menghantar surat tuntutan," katanya.

Namun, memandangkan sejumlah besar daripada data peminjam PTPTN masih belum dikemaskini, kemungkinan bagi surat tuntutan berkenaan sampai ke tangan penerima masih rendah.

Berdepan dengan kemungkinan ini, Agos yang merupakan bekas pegawai bank berkata PTPTN masih enggan mencontohi tindakan bank dengan menggunakan agensi bagi mengutip semula hutang tersebut.

"Kita ada senarai agensi kutipan balik hutang, tapi kita belum mula gunakan mereka... Kita bimbang mereka mungkin tidak cukup profesional.

"Sekarang kami lakukan sendiri. Kami ikuti proses undang-undang dan senarai hitam (peminjam ingkar) dengan Jabatan Imigresen, jadi apabila mereka dapati tidak boleh ke luar negara, mereka akan datang kepada kami dan kami dapat maklumat perhubungan mereka yang terkini," katanya.

Namun, dengan kejayaan terhad ini, dianggarkan hanya 20 peratus daripada kira-kira 130,000 orang peminjang dalam senarai hitam imigresen yang mula membayar semula pinjaman mereka.

"Yang lain masih belum tampil. Kami masih menunggu," kata Agos.

Keengganan PTPTN untuk mengambil tindakan lebih keras, seperti memaut sistemnya dengan rangkaian perbankan bagi menghalang peminjam ingkar daripada mendapat kemudahan kredit bank, menggariskan keadaan politik dalam situasi ini.

Namun, badan berkenaan sudahpun digambarkan sebagai lintah darat – memeras dana daripada graduan muda dengan gaji permulaan yang cukup makan.

Pada April, sekumpulan siswa daripada seluruh negara berkhemah di Dataran Merdeka untuk menuntut pemanduhan pinjaman PTPTN dan mempertikaikan kadar fadah yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut.

sumber
Read More

AES guna kenderaan berlogo JPJ pasang kamera




PAS membuat laporan polis terhadap kontraktor AES kerana didakwa menggunakan kenderaan dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang kamera di pelbagai lokasi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Mereka masing-masing membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya yang mengguna warna dan logo JPJ.

Laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamari penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu.

"Kami merasakan ini satu pelanggaran kerana bagaimana boleh penguatkuasaan undang-undang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta?" Kata Mahfuz.

"Adakah ini bermakna selepas ini jika kita mahu menguatkuasakan undang-undang mengenai (contohnya) rompakan, kita boleh swastakan kepada mana-mana pihak?

"Ini menunjukkan pengendalian AES adalah sangat mencurigakan," katanya sambil menambah ia mewujudkan syak wasangka tentang apa yang dinyatakan dalam kontrak antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang terlibat.

Mahfuz dan Firdaus juga menunjukkan gambar kenderaan, yang
didakwa dirakam di Gombak (atas) dan Teluk Intan (bawah) pada tarikh yang tidak diketahui bulan ini.

Dalam gambar atas, pekerja dilihat memasang kamera dan memunggah peralatan dari kenderaan merah oren. Para pekerja memakai jaket trafik dengan perkataan 'BTSB' dicetak di belakang.

Dalam gambar bawah, kenderaan merah oren dengan jalur biru dan kuning, diletakkan di tepi jalan di sebalik tanda had kelajuan 60kph.

Kedua-dua kenderaan dirakam dari arah belakang, sekaligus mendedahkan nombor platnya.

Malaysiakini juga menemui satu lagi gambar yang beredar di Internet yang menggambarkan kenderaan yang didakwa dimiliki kontraktor AES dengan logo JPJ di sebelahnya. Logo itu disertai teks 'Automated Enforcement System Mobile Unit'.

Mahfuz yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berkata, mereka telah memeriksa nombor berdaftar kenderaan tersebut di laman web JPJ, yang mendedahkan ia milik syarikat-syarikat tersebut.

Menjawab soalah wartawan, Mahfuz mengesahkan bahawa mereka akan membangkitkan perkara itu di Parlimen dan menambah PAS akan menubuhkan sebuah kaunter di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut esok untuk membantu mereka yang mendapat saman AES.

sumber

Read More

Monday, November 19, 2012



Di waktu pemimpin politik bertelagah mengenai penyediaan pendidikan percuma di Malaysia, timbul dakwaan bahawa hutang menggunung yang dipinjamkan dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa singkat.
Sumber yang dekat dengan agensi tersebut mendakwa, sejumlah besar daripada pinjaman RM45.41 bilion itu diberikan kepada pelajar yang tidak lagi dapat dijejaki.

Sumber mendakwa, data elektronik dalam Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan (Elmas) yang berusia 10 tahun, kini usang dan PTPTN tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan bayaran hutang itu kembali.

Sejumlah RM7.83 bilion yang diagihkan kepada 1.14 juta pelajar sehingga 31 Ogos 2012 masih belum diperolehi semula, manakala kadar bayaran semula pada tahap 49 peratus.

Perkara itu berterusan walaupun selepas anak syarikat Kementerian Kewangan, Prokhas Sdn Bhd disingkirkan pada 2010, ekoran laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan kegagalan membangun sistem bagi mendapatkan semula bayaran hutang selepas dibayar RM1.5 juta.

Sistem tersebut menyebabkan PTPTN terpaksa menggunakan semula sistem Elmas, yang diputuskan tidak memuaskan pada 2006.

Susulan itu, PTPTN perlu membayar pembangun Elmas, Paradigm Systems Sdn Bhd, sejumlah RM26 juta lagi untuk membuat semula kerja terbabit.

Ketua pegawai eksekutif PTPTN Agos Cholan keberatan untuk mengesahkan jumlah tersebut dan memberi alasan ia merupakan kes sensitif.

sumber
Read More