Tuesday, November 6, 2012


 Iklan Petronas tahun ini untuk mengucapkan selamat menyambut 'Perayaan Deepavali' kepada penganut agama Hindu, begitu jauh berbeza daripada hasil karya Yasmin Ahmad yang mengetengahkan unsur kasih sayang, amat bermakna dan sukar dilupai.
Menurut mereka yang telah  menyaksinya, klip perayaan selama tiga minit itu bertajuk 'Let's do the Dappan' - sebuah muzikal yang menggambarkan orang ramai menari di jalan -  adalah tidak sesuai.
Wikipedia menerangkan 'Dappan Kuthu' sebagai: 'Instrumen ini boleh didengar dimainkan di rumah-rumah di mana kematian telah berlaku untuk mengurangkan atau untuk menyekat bunyi tangisan atau untuk memberitahu orang lain tentang kematian di kampung-kampung Tamil. Rentak tersebut dipanggil Saavu Adi.

(*Wikipedia explains ‘Dappan Kuthu' as: 'This instrument can be heard being played in houses where death has occurred to reduce or to suppress the sound of crying or to inform others about a death in Tamil villages. The particular beat employed is called Saavu Adi.)
NONE
Dilancarkan diYouTube pada hari Ahad, iklan 'Happy Deepavali' itu dijangka mula ke udara hujung minggu ini dan telah pun menarik komen negatif dalam media sosial.

Bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia A Vaithilingam berkata ia adalah sebuah iklan yang kontroversi dari mula-mula lagi, dan menunjukkan watak-watak pemuda India ala samseng yang menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.

Katanya ia memaparkan unsur negatif terhadap kaum India seperti bahagian yang menunjukkan mereka menyebabkan kesesakan lalulintas dengan menari di tengah-tengah jalan.

Menurutnya lagi, ia menunjukkan seolah-olah kaum India harus dipersalahkan kerana menyebabkan kesesakan lalulintas.
Oleh itu, tegasnya, ia perlu dihentikan dan dikeluarkan serta-merta daripada YouTube dan daripada ke udara.
Senator S Ramakrishnan yang telah menyaksikan klip itu di YouTube, berkata walaupun iklan Petronas disasarkan kepada golongan belia, tetapi ia mengagungkan trend yang tidak lama lagi akan pudar.

Menurutnya, klip itu tidak mewakili budaya masyarakat India yang berusia lebih 5,000 tahun atau sentimen menyambut Deepavali di kalangan penganut Hindu di seluruh dunia.

"Iklan itu tidak menggambarkan budaya India, tetapi berdasarkan trend semasa filem-filem Tamil yang menggambarkan keganasan, kegiatan samseng dan mengagungkan bintang-bintang filem," katanya.



0 comments:

Post a Comment