Saturday, November 17, 2012

Bahana telefon bimbit



Mengikut kajian university Tokyo, Jepun, remaja yang menggunakan telefon bimbit pada waktu malam berkemungkinan terdedah dengan masalah mental kerana tidak cukup tidur.

Kajian yang sama juga mendapati remaja yang kerap menggunakan telefon bimbit sehingga lewat malam lebih cenderung mendapat masalah mental dan potensi bunuh diri berbanding dengan orang yang tidak menggunakan telefon mereka pada masa itu.

Para penyelidik juga menjalankan kaji seidik terhadap 18,000 orang remaja yang sedang menuntut di sekolah menengah dan tinggi di Jepun.

Para peserta diminta menjawab soalan yang telah direka untuk menilai tahap kemurungan mereka.

Kajian itu mendapati kebanyakan daripada mereka yang menjawab mempunyai pemikiran untuk membunuh diri.

Selain itu, peseta juga menyatakan jumlah jam mereka tidur pada waktu malam dan berapa kerap bercakap menerusi telefon bimbit selepas waktu tidur.

0 comments:

Post a Comment