Thursday, December 13, 2012

Info, Antara Hasil Nadir Bumi Dari LYNAS



Artikel di bawah adalah mengenai beberapa hasil-hasil output dari nadir bumi yang diproses. Sejauh mana kita bersedia menghadapi kesan-kesan yang mungkin terjadi jika sebarang langkah pencegahan gagal dilakukan...?

-------

Lantanid mengandungi 15 elemen seperti lantanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium dan lutetium.

Semua elemen ini sangat berguna kepada manusia.

Tetapi dalam proses untuk mengasingkan elemen-elemen ini,asid sulfurik digunakan dalam kuantiti yang banyak. Asid sulfurik bersifat mengkakis. Risiko pendedahan kepada penduduk tempatan rendah kecuali ada lori yang membawa asid ini terbalik. Bekerja dengan asid sulfurik pula sangat bahaya.

Kabus asid sulfurik diketahui sebagai penyebab kanser terutamanya kepada larinks.

Bagaimana sisa asid sulfurik dilupuskan? Adakah ia dihantar ke Kualiti Alam di Negeri Sembilan? Adakah ia dibuang ke Sungai Balok?

Hasil utama lantanid ialah lantanum. Lantanum digunakan untuk pengeluaran bateri NiMH (Sebuah kilang bateri hampir siap di Seremban. Adakah ia menggunakan lantanum dari kilang Lynas di Gebeng sebagai bahan mentah?)Habuk lantanum berisiko untuk menyebabkan penyakit pneomoconiosis. Bagaimanakah habuk dari kilang Lynas dikawal dari merebak ke penduduk Kuantan?

Produk sampingan dalam pengeluaran lantanum ialah thorium.Thorium ini bersifat radioaktif. Thorium menjadi sumber bahanapi kepada reaktor nuklear. Setakat ini tiga buah reaktor nuklear di India, Jerman dan USA menggunakan thorium sebagai bahanapi.

Perkara yang boleh dibincangkan ialah bagaimana lumpur yang mengandungi thorium akan disimpan? Lumpur itu akhirnya akan diproses juga untuk mendapatkan thorium. Adakah fasiliti memproses lumpur yang mengandungi thorium akan dibina di sekitar Gebeng?

Adakah Kuantan bakal menjadi pengeksport thorium yang terbesar di dunia? Adakah thorium itu akan digunakan dalam negara untuk menjalankan reaktor nuklear kepunyaan Malaysia? Bilakah Malaysia bakal mempunyai reaktor nuklear yang menggunakan thorium sebagai bahanapi? Adakah reaktor itu dibina di tepi laut, di tepi tasik atau di tepi sungai? Adakah kawasan sekitar Tasik Chini sesuai untuk membuat loji nuklear?

Bolehkah lumpur yang mengandungi thorium menjadi kering dan seterusnya habuk yang terbentuk ditiup angin ke Beserah dan Tanjung Api? Thorium memancarkan sinar alfa. Sinar alfa bahaya apabila masuk ke dalam badan melalui hidung dan mulut. Sinar alfa boleh dilindungi oleh kulit manusia. Jika ini berlaku, selamatkah jika makan atau membeli makanan di gerai-gerai di Beserah dan Batu Hitam?

0 comments:

Post a Comment