Monday, December 10, 2012

Info Sehat, Peranan Testosteron Lelaki


Testosteron memainkan peranan yang penting sebagai hormon seks lelaki. Ia merupakan hormon steroid daripada kumpulan androgen. 90% daripada produksi testosteron lelaki berlaku di testis laki-laki.

Testosteron mempunyai pelbagai fungsi pada peringkat umur yang berlainan.

Pada peringkat awal bayi dalam kandungan ibu, testosteron membantu pembentukan seksual lelaki. Testosteron memainkan peranan penting dalam proses maskulinasi pada peringkat puberti lelaki.

Bagi lelaki dewasa, testosteron mengawal fungsi seksual lelaki (libido, potency dan fertility). Ia juga penting bagi kesihatan fizikal dan mental.
  • Suara: testosteron membantu pembentukan pematangan suara lelaki (voice breaking and deepening of voice)
  • Kulit dan Bulu badan: testosteron membantu pertubuhan and pengagihan bulu di seluruh badan lelaki serta pengekalan bulu
  • Tulang: testosteron membantu pembentukan dan pengekalan kesihatan tulang.
  • Darah: testosteron penting untuk pertumbuhan sel darah merah dan seterusnya membantu pengedaran oksigen dalam darah
  • Otot: testosteron penting untuk pembentukan dan penguatan otot
  • Mental: testosteron membantu keseimbangan mental dan mengelakkan 'mood' yang negatif. Ia juga penting bagi memori, orientasi, koordinasi dan penumpuan.
  • Seksual: testosteron membantu regulasi keinginan seks (libido) dan pelbagai fungsi seksual.
  • Fizik: testosteron penting untuk fizik lelaki.

Masalah Kemerosotan Tahap Testosteron

Kemerosotan tahap testosteron berlaku apabila testis lelaki tidak dapat menghasilkan testosteron yang mencukupi. Ini mungkin disebabkan oleh faktor keturunan, bahan-bahan tosik, tumor, pembedahan atau peningkatan umur.

Simptom-simptom Kemerosotan Tahap Testosteron
  • Kemurungan dan 'mood' yang negatif
  • Tidur terganggu
  • Keletihan dan kelesuan akibat kekurangan darah (anemia)
  • Penumpuan terganggu
  • Kemerosotan kekuatan otot/ berpeluh kelebihan (hot flushes)
  • Peningkatan lemak badan
  • Kekurangan libido dan kegagalan fungsi ereksi (erectile dysfunction)
  • Kekurangan produksi sperma dan kesuburan
  • Kemerosotan pertumbuhan janggut dan bulu badan
  • Kekeringan dan kekedutan kulit


0 comments:

Post a Comment