Tuesday, October 9, 2012

Amy Cheong Hina Perkahwinan Melayu!


Seorang warga negara Singapura bernama Amy Cheong telah update status di Facebook beliau dengan ayat-ayat yang secara jelas menghina orang Melayu-Islam. Berdasarkan berita, beliau melakukan yang sedemikian rupa kerana tertekan dengan keadaan yang bising berhampiran rumah beliau disebabkan oleh suatu majlis perkahwinan Melayu.

Akibat daripada status yang berunsur perkauman itu beliau telah dibuang kerja. Laporan polis juga telah dibuat terhadap beliau. Walaupun telah memohon maaf tetapi segalanya sudah terlambat.

Aku berasa agak terkagum dengan semangat anti perkauman yang ditunjukkan oleh rakyat Singapura. Walaupun Amy adalah bangsa majoriti tetapi tindakan tegas diambil terhadap beliau dengan begitu pantas sekali.

Jika perkara ini berlaku di Malaysia dan dilakukan oleh bangsa tu aku tak rasa dia akan dihukum hingga dibuang kerja. Cukup dengan minta maaf secara umum, segalanya selesai dan dilupakan. Kadang-kadang boleh buat filem lagi...chaitt!

Suara13: Melayu Mudah Lupa...

0 comments:

Post a Comment