Wednesday, October 17, 2012

7 Tips Kembalikan Semangat Di Tempat Kerja



Hari tak selalunya cerah, ada kala hujan menimpa. Begitu juga dengan mood di tempat kerja yang mana pastinya hampir setiap daripada kita pernah mengalami perasaan ‘bad mood’ atau tidak bersemangat di tempat kerja.

Atasi ‘bad mood’ kerja anda dengan 7 tips berikut;

1. Tetapkan tujuan agar apa yang dilakukan membuahkan hasil. Selain itu, pastikan juga sebarang perancangan yang dibuat dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Kerja adalah suatu ibadah.

2. Meluangkan masa untuk diri sendiri mampu meredakan perasaan ‘bad mood’

3. Lakukan perubahan dengan menukar ‘screen saver’ komputer. Disarankan pilih gambar yang lucu. Melihatnya pasti akan membuatkan anda ketawa sendiri.

4. Cari aktiviti selepas pulang dari kerja seperti bermain futsal, badminton, golf atau lain-lain yang menarik.

5. Langkah ini secara tidak langsung berupaya membantu mencari kenalan baru sekali gus muncul peluang kerja baru.

6. ‘penderitaan’ selama bekerja di pejabat mampu dibalas dengan membeli sesuatu yang berharga untuk diri sendiri seperti buku, pakaian dan sebagainya. Sesekali tidak salahnya untuk belanja diri sendiri.

7. Mempertahankan prestasi kerja anda adalah sesuatu yang penting. Meskipun bosan, jangan biarkan prestasi anda menurun. Sebaliknya motivasikan diri untuk melaksanankan tugas sebaik mungkin.

0 comments:

Post a Comment