Saturday, October 20, 2012

10 Sebab Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan


Jikalau kita renungkan kisah yang berlaku pada Ibrahim bin Adham (ahli Tasawwuf dan wali Allah yang termasyur). Sedang beliau berjalan di tengah – tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai yang masing – masing ingin mengajukan soalan mengenai kemusykilan agama. Diantara persoalan yang ditujukan itu ialah mengapakah doa mereka ini tidak dimakbulkan padahal mereka selalu berdoa dengan bersungguh – sungguh. Maka Ibrahim bin Adham ini telah memberi jawapan yang ringkas tetapi padat isinya:

“kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu:-”

1. Kamu mengenal Allah SWT, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kamu sangka bahawa kamu mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu abaikan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu telah menikmati segala macam nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur.

5. Kamu berkata bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkannya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu adalah benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu adalah benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu melupakan semua keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka.

Tersebut adalah antara mengapa doa – doa kita tidak dimakbulkan dan selain itu juga yang penting kita pastikan adakah doa yang kita pohon itu perkara yang baik belaka atau adakah untuk meminta kemudaratan kepada seseorang ? Panduan yang telah diberi oleh Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi ini bolehlah kita gunakan untuk muhasabah diri kita supaya kita tidak tergolong didalam kumpulan ini dan yakinlah dengan janji Allah bahawa doa – doa kita ini akan dimakbul sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha berkuasa.

0 comments:

Post a Comment