Wednesday, October 24, 2012

10 Khasiat Buah Durian Yang Perlu Kita Tahu


Buah durian sangat digemari di Malaysia kerana rasanya yang sangat sedap dan unik. Tapi tidak semua orang suka bau durian yang sangat menusuk hidung.

Bagi penggemar durian, 10 khasiat penting dari raja buah ini

1. Kesihatan kulit (Vitamin C 80 peratus)
Setiap buah durian mengandung 80% keperluan vitamin C harian.

2. Membantu pencernaan (Thiamin 61 peratus)
Durian kaya dengan thiamin, vitamin B yang dapat meningkatkan nafsu makan dan menghasilkan asid klorida dalam usus untuk proses pencernaan makanan.

3. Mengatur kadar gula darah (Manganese 39 peratus)
Durian dapat membantu mengatur kadar gula darah melalui bantuan manganese.

4. Membantu melawan kemurungan (Vitamin B6 38 peratus)
Kekurangan vitamin B6 dapat menyebabkan kemurungan. Vitamin B6 yang terdapat dalam durian adalah salah satu nutrisi penting dalam menghasilkan serotonin, zat kimia neorotransmitter yang membantu mengatasi kemurungan.

5. Menghindar dan mengurangkan sembelit (Serat 37 peratus)
Durian kaya dengan serat, karbohidrat kompleks yang menyerap air dan secara efektif mempercepat proses sistem pencernaan.

6. Menjaga kesihatan tulang (Potasium 30 peratus)
Durian juga kaya akan potasium. Ia merupakan nutrisi penting untuk kesihatan tulang. Potasium melindungi kalsium dengan mencegahnya terlalu banyak dilarut dalam urin.

7. Mengurangkan migrain (Riboflavin 29 peratus)
Mengunyah durian dapat membantu meringankan rasa sakit di kepala. Riboflavin merupakan vitamin B yang terdapat dalam durian, yang dapat digunakan untuk mengubati sakit migrain.

8. Menjaga kesehatan tiroid (Tembaga 25 peratus)
Tembaga berperanan dalam metabolisma tiroid, terutama dalam menghasilkan dan penyerapan hormon.

9. Meningkatkan kesihatan kehamilan (Folat 22 peratus)
Durian juga kaya dengan folat, salah satu nutrisi penting untuk ibu mengandung dan wanita yang merancang untuk hamil. Folat sangat penting bagi pertumbuhan normal dan perlindungan terhadap masalah otak dan tulang belakang untuk bayi yang sedang berkembang.

10. Mencegah kejang saraf dan otot (Magnesium 18 peratus)
Mencegah kejang otot adalah salah satu manfaat dari durian, yang mengandungi magnesium. Magnesium bertindak sebagai penghalang kesan kimia dalam sel-sel saraf.

Suara13: Yum..yum

1 comment: