Thursday, October 11, 2012

Iphone 5 VS Samsung Slll - Siapa Paling Gagah


Dalam ujian kejatuhan untuk dua telefon pintar yang paling popular di pasaran, siapakah yang akan menang?. Sebuah laman teknologi Android Authority memutuskan untuk membandingkan kekuatan kedua-dua telefon pintar ini iaitu iPhone 5 dan Samsung Galaxy S3 untuk menjalani ujian ini.



Dalam ujian kejatuhan untuk dua telefon pintar yang paling popular di pasaran, siapakah yang akan menang?. Sebuah laman teknologi Android Authority memutuskan untuk membandingkan kekuatan kedua-dua telefon pintar ini iaitu iPhone 5 dan Samsung Galaxy S3 untuk menjalani ujian ini.

Ujian yang dilakukan pada beberapa ketinggian yang pengguna sering terjatuh telefon mereka dari ketinggian - terjatuh dari poket (pada ketinggian 76.2cm), terjatuh dari paras telinga (pada ketinggian 1.22 meter) dan terjatuh ketika digunakan (pada ketinggian 1.7 meter).

Terjatuh dari poket (76.2cm)

Iphone 5 tiada kerosakan kepada skrin, hanya calar sudut telefon kerana kesan hentakan. 

S3 juga tiada kerosakan kepada skrin, hanya calar di pinggir telefon.



Terjatuh pada aras telinga (1.22m)

Iphone 5 hanya mengalami kerosakan calar pada sudut telefon. 

Tetapi bagi S3 ia akan menyebabkan anda menangis..kesan hentakan menyebabkan skrin menjadi retak. Walaupun paparan telefon tidak terjejas, tetapi retakan di sudut atas telefon agak teruk.


Terjatuh pada aras telinga (1.7m)

Iphone 5 mengalami kerosakan pada susudt telefon kerana hentakan, tetapi tiada sebarang kerosakan pada skrin. 

Ia juga masih boleh berfungsi dengan baik. 

Pengulas berkata bahawa kesan kejatuhan hanya menyebabkan "kerosakan minimum, kerosakan kecil estetik bezel". 

Kesan kejatuhan ketinggian ini pada S3 menyebabkan cover belakang telefon ini tercabut dan retak pada skrin. Bagaimanapun skrin telefon ini masih berfungsi dengan baik.

Pengulas membuat kesimpulan bahawa walau apapun jenis kaca yang digunakan Apple untuk iPhone 5, ia adalah sangat tahan lasak kerana walaupun telah dijatuhkan dari pelbagai ketinggian tetapi ia masih tidak retak.

Di copy paste dari: http://pulakdah.blogspot.com

Suara13: Suka Nokia Lumia 920


0 comments:

Post a Comment