Wednesday, October 17, 2012



Jika ditanya kepada sesiapa sekalipun, tidak ada seorang pun yang akan mengatakan bahawa kecantikkan dan ketrampilan diri itu tidak penting.

Namun, dalam kita ghairah menjaga kecantikan dan ketrampilan diri kita sering lupa beberapa aspek penting sehingga kita tidak mendapati apa yang dihajati yang mana ia membawa kepada perasaan tertekan dan rendah diri.

Dalam menjaga penampilan dan kecantikan diri, kita sering tidak peka terhadap perlakuan yang kita lakukan. Ini menyebabkan penampilan dan kecantikan semakin hilang serinya.

Antara kesalahan yang sering kita lakukan adalah seperti:

1. Gaya rambut
Tidak peka kepada perubahan fesyen kerana masih mengekalkan gaya yang sama setiap tahun. Walaupun anda gemar berambut pendek, anda masih boleh mempelbagaikan bentuk potongan rambut setiap masa.

2. Tidur
Sekiranya tidak cukup tidur akan mengakibatkan badan menjadi lemah, muka kelihatan sembam dan wujud lingkaran hitam di bawah mata. Dapatkan tidur yang secukupnya bagi mengembalikan semula keremajaan kulit anda serta badan kembali cergas.

3. Mitos lemak
Terlalu takut terhadap penambahan berat badan menyebabkan ramai yang menghindari lemak secara keterlaluan. Kekurangan lemak boleh menyebabkan kulit menjadi kering, bersisik dan rambut bercabang. Sesekali jamahlah sedikit makanan berlemak, jangan dihindari terus.

4. Takut bersenam
Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jangan jadikan alasan tidak bersenam kerana sibuk dengan tugas seharian.

5. Kebersihan alat solek
Bersihkan alat solek anda dua kali seminggu dengan menggunakan air suam. Ini kerana span atau berus bedak yang kotor menyebabkan pengumpulan bakteria yang akan menyebabkan kulit ditumbuhi jerawat.

6. Tidur dengan solekan
Balik lewat dari kerja sering menyebabkan kita malas untuk membersihkan sisa solekan di wajah sebelum tidur. Ini menyebabkan pori tersumbat sehingga kulit menjadi kusam, menimbulkan jerawat dan berlaku iritasi pada mata. Buang sisa solekan sehingga bersih dengan tisu basah kemudian cuci wajah anda dengan menggunakan pembersih.

7. Mandi air panas
Mandi air panas mampu mengembalikan kesegaran tubuh. Akan tetapi jika terlalu kerap mandi air panas, kulit akan menjadi kering. Sekiranya ingin mandi air panas, hadkan untuk lebih kurang 3 minit dengan suhu air yang tidak terlalu panas. Gunakan pelembap selepas mandi bagi mencegah kulit dari menjadi kering.

8. Buah dan sayur
Bukan sahaja kanak-kanak, malahan ada juga golongan dewasa yang tidak menggemari buah-buahan dan sayur-sayuran. Akibatnya tubuh kurang bertenaga dan kulit menjadi kering. Buah dan sayur membekalkan mineral dan vitamin untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.

Sumber: Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment