Friday, November 23, 2012

Info, Katarak Penyakit Kelabu Kanta Mata


Apa Itu Katarak?

Penyakit katarak adalah penyakit di mana kanta mata yang asalnya jernih bertukar keruh menjadi warna kelabu atau putih. Ia juga dipanggil selaput mata.

Katarak mungkin berlaku pada kedua-dua belah mata, tetapi mengikut tahap yang berbeza bagi setiap mata.

Katarak dikatakan menyerang satu daripada enam indidvidu yang telah melangkau usia 40 tahun. Menjelang usia 75 tahun, hampir semua orang akan mengalami katarak pada salah satu atau kedua-dua belah mata mereka.
Bagaimana Ianya Terjadi?

Cahaya yang memasuki mata secara lazimnya perlu melalui kanta mata untuk ke retina bagi menghasilkan imej. Akibat kekabutan kanta (disebabkan oleh katarak), imej yang terbentuk di retina mengalami gangguan. Inilah penyebab mengapa pesakit katarak mengalami gangguan penglihatan selain silau dan sensitif pada cahaya lampu, halos dandiplopia (penglihatan berganda), dan gangguan penglihatan warna. Namun, harus diingat, katarak tidak menyebabkan kesakitan pada organ mata, menyebabkan pesakit katarak cenderung untuk membiarkannya tanpa rawatan segera.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak adalah berkait rapat dengan faktor peningkatan usia, cedera pada lensa mata, pesakit diabetis juga terdedah kepada penyakit ini, penyakit mata, katarak bawaan sejak lahir, katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu menghidap jangkitan penyakit seperti rubela semasa kehamilan dan ia dikenali sebagai katarak kongenital dan juga paparan berlebihan terhadap sinar ultraviolet yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak.

Katarak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 
  1. Katarak subkapsular posterior

  2. Katarak nuklear

  3. Katarak kortikal



Pesakit yang mengalami katarak subkapsular posterior akan mengalami silau terhadap cahaya lampu kenderaan di hadapan atau cahaya matahari dan mengalami gangguan penglihatan dekat. Pesakit dengan katarak nuclear akan mengalami perubahan kuasa cermin mata (myopia). Manakala, pesakit yang mengalami katarak kortikal akan merasa silau sepanjang masa.

Simptom-Simptom Katarak

Kajian terkini mendapati terdapatnya simptom-simptom awal yang menunjukkan seseorang itu mendapat katarak. Apabila anda mula perasan terdapatnya simptom-simptom ini, eloklah ambil tindakan segera berjumpa dengan doktor mata bagi mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum keadaan mata menjadi semakin teruk.
  1. Pandangan mata menjadi kabur tanpa rasa sakit.

  2. Silau dalam cahaya terang.

  3. Nampak halos di sekeliling sumber cahaya.

  4. Objek kelihatan dua pada sebelah mata.

  5. Warna menjadi kurang jelas.

  6. Sukar membezakan bentuk dan warna daripada latar belakang.



Rawatan Katarak

Penyakit katarak boleh dirawati melalui pembedahan katarak.

Pembedahan katarak selalunya dilakukan di dalam bilik pesakit luar sahaja. Bius yang digunakan pula adalah bius setempat, dengan erti kata lain, pesakit masih sedar tetapi langsung tidak merasa sakit apabila telah dibiuskan.

Operasi mengambil masa selama 30 – 60 minit, bergantung kepada kepakaran dan jenis katarak. Bahagian kanta yang berkabut akan dibuang dengan menggunakan teknik yang dipanggil phacoemulsification. Melalui teknik ini, saiz bukaan incisi adalah kurang daripada 3mm. Jadi, kebanyakan masa, jahitan tidak diperlukan. Jika bukaan incisi tidak tertutup dengan baik, pakar bedah mata mungkin akan meletakkan jahitan sementara untuk membolehkan incisi sembuh dan mengelakkan tekanan rendah dalam mata serta jangkitan kuman.

Pesakit selalunya dibenarkan pulang selepas 1 – 2 jam setelah pembedahan jika pakar bedah telah berpuas hati. Mata yang dibedah akan ditutup sehingga keesokan harinya. Pesakit akan dibekalkan dengan ubat penitis bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Secara amnya, pembedahan untuk katarak ini mempunyai peratusan kejayaan yang tinggi, namun terdapat juga risiko-risiko yang harus diperhatikan seperti jangkitan kuman, kuasa kanta yang tinggi, kanta baru yang dipasang boleh berkabut seperti sebelumnya, retina tercabut atau bengkak (1%).

*Maklumat ini hanya bertujuan untuk pengetahuan dan edukasi am sahaja. Sila rujuk kepada doktor mata anda untuk mendapatkan nasihat berhubung kesihatan mata anda.

sumber

1 comment:

  1. CATARACTS & EYESIGHT:
    This is PJ Myers, and for the past 4 years I have had the start of cataracts. The center of my lens on both eyes has been white. The optometrist has been keeping an eye on them. Two years ago I got back into Shaklee. The cataracts didn't get any worse, but they didn't get any better. However, in mid August 2008 I began taking Vivix regularly and just got back from the eye doctor November 7, 2008. He was shocked to see that my cataracts are GONE!! Also, my vision could only be corrected to 20-40 in 2005, 2006.

    After joining Shaklee, it was correctible to 20-30. Since Vivix it is now correctible to 20-25. And for the first time in 40 years, I did not need new glasses. My night vision is improving as well. I feel as if my eyes are getting "younger"!!
    PJ Myers

    KATARAK & PENGLIHATAN
    Saya adalah PJ Myers, dan sejak 4 tahun yang lalu saya mempunyai katarak. Kedua-dua kanta mata saya telah menjadi putih. Optometris saya memantau katarak saya. Dua tahun lalu, saya kembali menggunakan Shaklee. Katarak saya tidak bertambah teruk, namun juga tidak bertambah baik. Walaubagaimanapun, pada pertengahan Ogos 2008 saya mula mengambil Vivix setiap hari dan berjumpa doktor mata November 7, 2008. Beliau terkejut melihat katarak saya HILANG!! Selain itu, bacaan penglihatan saya hanya 20-40 pada 2005, 2006.

    Selepas menggunakan Shaklee, bacaan penglihatan saya turun kepada 20-30. Sejak mengambil Vivix ia menjadi 20-25. Dan buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun, saya tidak memerlukan cermin mata baru!. Penglihatan pada waktu malam saya juga bertambah baik. Saya rasa seolah-olah mata saya semakin "muda"!
    PJ Myers

    http://www.freevitamin.my/2013/12/testimoni-vivix-hilangkan-katarak-tanpa.html

    ReplyDelete