Cleveland, Amerika Syarikat – Seorang wanita terpaksa memegang papan tanda di sebuah kaki lima di sini.
Wanita berkenaan, Shena Hardin diperintahkan oleh Hakim Pinkey Carr supaya berdiri di kaki lima berkenaan selama sejam pada selasa lalu dan kelmarin.
Dia memegang papan tanda itu yang tertera ayat “Hanya orang bodoh memandu di laluan pejalan kaki keranan mahu memotong sebuah bas sekolah.”
Hardin dikenakan hukuman itu selepas dia memandu kereta di laluan pejalan kaki dengan tujuan untuk memotong bas tersebut - Agensi
0 comments:
Post a Comment