Saturday, November 17, 2012

Tonton rancangan MasterChef boleh gemuk



London – Sekumpulan saintis merumuskan bahawa seseorang akan menjadi lebih gemuk sekiranya mereka menonton rancangan memasak berbanding menonton rancangan lain seperti program alam semula jadi.

“Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa penonton lebih gemar mengambil makanan ringan jika menonton rancangan memasak seperti “Masterchef” atau “Great British Bake-Off” berbanding sekiranya mereka menonton sebuah rancangan alam semula jadi.” lapor akhbar Daily Mail.

Dalam kajian berkenaan, psikologi Amerika Syarikat merekrut 80 orang dewasa untuk mengenal pasti apa kesan menonton televisyen terhadap selera makan seseorang.

Separuh daripada peserta diminta menonton rancangan memasak manakala yang lain menonton sebuah program mengenai alam semula jadi. - Agensi

0 comments:

Post a Comment