Monday, November 19, 2012

Wanita berpendidikan lambat dapat zuriat


Penyelidik dari University Southampton, United kingdom, Prof. Maire Ni Bhrolchain dan Dr. Eva Beaujouan mendedahkan secara puratanya golongan wanita yang menamatkan pengajian ke peringkat tinggi seperti sarjana atau doctor falsafah akan mendapat anak pertama pada usia lewat.

Ni Bhrolchain memberitahu, pihaknya medapati faktor utama yang mempengaruhi perkara tersebut disebabkan mereka memperuntukkan masa yang lama terhadap pengajian dan kerjaya.

“Kajian menunjukkan bahawa dalam beberapa dekad yang lalu wanita memulakan kehidupan dewasa mereka pada awal usia 20 tahun, berbanding wanita zaman ini yang member komitmen berkeluarga pada lewat usia 20-an.” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment