McDonalds pertama dibina pada Disember 1948 oleh pasangan adik beradik Richard dan Maurice McDonald di San Bernadino California. Pada awalnya McDonalds ialah sebuah diner yang menjual pelbagai makanan tetapi Richard dan Maurice menyedari mereka lebih banyak menjual hamburger, kentang goreng dan milkshake berbanding makanan lain. Mereka mendapat idea untuk membuka restoran yang hanya menyediakan menu yang kecil tetapi dengan servis yang pantas. Maka konsep restoran "makanan segera" pun tercipta dan cara makanan dihasilkan di McDonalds banyak dipengaruhi sistem assembly line kilang pembuatan kereta Ford. Pada waktu ini maskot McDonalds bukanlah Ronald McDonald tetapi Speedee.
Wednesday, November 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment