Friday, November 23, 2012



Israel terus berbangga dengan Iron Dome yang berjaya melindungi wilayahnya dari serangan roket Palestin baru-baru ini.

Sistem penangkis roket ini dikagumi rakyat Israel kerana berjaya berfungsi dengan baik, mencegah serangan roket jarak dekat atau roket yang ditembak Palestin seperti dari serangan kumpulan Qassam dan Grad.

Tahukah anda berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan?. Sejak lapan hari beroperasi untuk melindungi Israel, perbelanjaannya menelan sekitar USD 25-30 juta (lebih RM 76 juta).

“Seandainya Iron Dome diperdagangkan di (bursa saham teknologi) Nasdaq, pasti nilainya akan berlipat kali ganda,” menurut Menteri Pertahanan Awam Israel, Avi Dichter.

Menggunakan roket pencegat yang dipandu menggunakan laser, sistem yang harus dibantu dengan lima truk ini berjaya menembak jatuh 421 dari 1500 roket yang ditembakkan dari Jalur Gaza.

Sistem Iron Dome ini melindungi Israel sejak 14 November lalu sehingga persetujuan untuk gencatan senjata pada 21 November.

Kejayaan Iron Dome pada tempoh tersebut mencapai kejayaan sehingga 90%. Bagi mengawal perbelanjaan, Iron Dome hanya digunakan untuk menangkis serangan-serangan roket yang mengancam kawasan padat penduduk.

Suara13: Allah Maha Kuasa..

2 comments: