GAZA 5 Dis 2012 : Masjid menelan belanja lebih RM300,000 itu sudah melalui proses pecah tanah dan rancak dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Penyayang Islam (Muslim Care) Malaysia sejak 14 November lalu.
Presiden Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, Dr Anwar Abdul Aziz berkata, masjid dinamakan sebagai Masjid Muhammad Al Amin dianggap simbol kasih sayang rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza.
Menurutnya, banyak bangunan masjid di Semenanjung Gaza yang runtuh akibat sasaran serangan bom dan roket tentera Zionis baru-baru ini.
“Menyedari masalah menimpa penduduk Gaza, pihak Muslim Care Malaysia segera melakukan kutipan derma kilat untuk membantu rakyat Gaza selain memastikan masjid yang runtuh dapat dibina semula secepat mungkin.
Perjanjian persefahaman itu dimeterai antara Bendahari Agung Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan dan Anwar di pejabat operasi Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, di sini.
Zulkifli yang ditemui berkata, masjid baru di Gaza yang sedang dibina itu masjid pertama hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia. yang bersimpati terhadap warga Tebing Gaza.
“Saya penuh yakin sasaran kutipan derma tabung kecemasan Gaza berjumlah RM1 juta menjelang penghujung Disember ini mampu diperoleh,” katanya sambil memberitahu sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank 564490211159.
hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment