Kepada sesiapa yang menonton filem "Istanbul Aku Datang" pasti tahu babak ketika Lisa Surihani bertemu dengan Tomok di Kota Istanbul..
Dialog yang dilafazkan Tomok secara jelas menggambarkan Kuala Lumpur,Malaysia bukanlah negara Islam dan melalui dialog itu,mereka menggambarkan mereka boleh berpeluk di Kuala Lumpur..
Namun berbeza pula ketika di Istanbul,Turki..
Tomok menegur Lisa yang memeluknya di tengah khalayak ramai kerana dan mengingatkan Lisa bahawa mereka sedang berada di negara Islam...
Dan ketika babak Tomok bertemu dengan Lisa itu..
berlakukah dialog ini..
Lisa : Biii.. (Bi,panggilan untuk "sayang",dan terus memeluk Tomok)
Tomok : Bi,janganlah peluk depan-depan orang macam ni..,tak elok orang tengok.!
Lisa : You peluk i kat KL ok jer..
Tomok : Itu lain,kita kan kat negara orang,negara Islam pulak tuuu.. hormatlah sikit..
Kalau kita lihat ayat Tomok tu..
"Itu lain,kita kan kat negara orang,negara Islam pulak tuuu.. hormatlah sikit.."
Maknanya kita boleh faham di sini bahawa maksud Tomok tu,Kuala Lumpur tu bukan berada di dalam sebuah negara Islam..
Video yang dimaksudkan
0 comments:
Post a Comment