Friday, December 7, 2012

Info Sehat, Eczema: Gejala, Punca dan Penjagaan


Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi.Terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-gejala Eczema
Acute Eczema
Acute EczemaAcute Eczema

  • "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.

Eczema Kronik
Eczema Kronik

  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

Punca Eczema
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
Kitar Eczema
Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:

Kitar Eczema

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.
Langkah-langkah Pengawalan Harian
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
Penjagaan Kulit Sensitif dan Eczema
Amalkan:Elakkan:
Pakaian
  • Pakaian yang longgar.
  • Fabrik yang selesa seperti kapas.
  • Pakaian yang ketat.
  • Fabrik bulu biri-biri.
Diet Pemakanan
  • Keseimbangan diet untuk mengekalkan daya tahan yang kuat.
  • Makanan laut, kacang, susu dan telur yang paernah menimbulkan kesan-kesan alergi sebelum ini.
Persekitaran
  • Kebersihan dan pengudaraan yang baik di persekitaran rumah dan tempat kerja.
  • Tahap kelembapan di persekitaran yang sederhana.
  • Gunakan cadar dan selimut yang bersih dan sentiasa ditukar dengan yang baru.
  • Memakai sarung tangan jika perlu berkerja dalam keadaan yang basah.
  • Permaidani, barang permainan yang berbulu.
  • Persekitaran yang terlalu lembap atau terlalu kering.
Perangai Peribadi
  • Bersikap positif dan kekal riang.
  • Kuku jari yang pendek untuk mengelakkan kelecetan kulit akibat menggaru.
  • Mandi dengan air suam.
  • Mematuhi arahan doktor bagi penjagaan kulit.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari yang kerap.
  • Penglibatan dengan aktiviti di luar dan di dalam tempat berhawa dingin yang kerap.
  • Merendam dalam air panas atau air yang mengandungi klorin yang banyak.

0 comments:

Post a Comment