Monday, October 22, 2012

Harga Rokok Naik 20 Sen, Apa Anda Tunggu Lagi?


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya. Oleh itu, tiba masanya bagi perokok untuk berhenti. Bukan sahaja disebabkan oleh kenaikan harga rokok, tetapi juga disebabkan oleh bahaya merokok. Hukum merokok juga telah difatwakan HARAM!

Berikut 8 bahaya merokok yang perlu anda tahu.

1. Merokok menyebabkan sekitar 90% kematian akibat kancer paru pada lelaki dan 80% pada wanita.

2. Risiko kematian kerana kancer paru 23 kali lebih tinggi pada lelaki perokok dan 13 kali lebih tinggi pada wanita perokok dibandingkan pada mereka yang bukan perokok. Kajian menunjukkkan bahawa bukan perokok yang tinggal bersama seorang perokok memiliki risiko 24% lebih tinggi untuk mengidap kancer paru dibandingkan bukan perokok pada umumnya.

3. Merokok juga menyebabkan kancer pundi kencing, rongga mulut, faring, pita suara, esopagus, serviks, ginjal, pankreas dan perut.

4. Merokok menyebabkan penyakit jantung  yang merupakan salah satu penyebab kematian tertinggi di Malaysia. Perokok memiliki peluang 2-4 kali lebih tinggi untuk mengidap penyakit jantung koroner dibandingkan bukan perokok.

5. Merokok mengurangkan peredaran darah kerana menyempitkan pembuluh darah arteri. Oleh kerana itu, perokok 10 kali lebih berpeluang terkena penyakit pembuluh darah, termasuk disfungsi ereksi/impotensi.

6. Merokok menyebabkan anurisma aorta abdomen (pelebaran lokal pembuluh darah aorta di bagian perut). Risiko kematian akibat penyakit ini tinggi di kalangan perokok ketika pembuluh darah tersebut ruptur (pecah).

7. Merokok meningkatkan risiko kematian kerana penyakit paru kronik hingga sepuluh kali ganda. Sekitar 90% kematian kerana penyakit paru kronik disebabkan oleh merokok.

8. Merokok berakibat buruk terhadap kesehatan reproduksi dan janin dalam kandungan, termasuk kemandulan, keguguran, kematian janin, bayi lahir berberat badan rendah, dan sindrom kematian mendadak bayi.

Suara13: Dah lama berhenti..


0 comments:

Post a Comment