SHAH ALAM: Seorang lelaki bergelar Datuk menanggung kerugian hampir RM2 juta apabila ditipu tiga lelaki termasuk seorang yang kononnya bergelar 'Datuk' berhubung lesen dan permit peniagaan kedai nombor ekor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Chong Mun Phing berkata kesemua suspek ditahan secara berasingan pada 2 dan 5 Okt lepas, masing-masing di Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan di sebuah rumah di Shah Alam. "Kesemua suspek itu ditahan selepas mangsa seorang pemaju perumahan berumur 35 tahun membuat laporan pada Jun lepas sebaik sedar dirinya diperdaya," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
- Harian Metro
0 comments:
Post a Comment