Monday, December 24, 2012

Cerita Kaabah..



Seorang Tuan Guru telah menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As-Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas dibawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....


Read More

Gadis ini berbogel bantah syariah Islam di Mesir



ALIAA Magda Elmahdy, 22 buat heboh dengan berbogel lagi selepas membuat kerja laknat dengan berbogel di internet tahun lalu. Semakin hampir referendum perlembagaan Mesir yang sedianya dilaksanakan Sabtu (22/12/2012) hari ini, dia nekad melakukan protes dengan tanpa mengenakan apa-apa untuk menutup tubuhnya.

Dia sepenuhnya telanjang dan dia menulis slogan-slogan menolak syariah di tubuhnya, seperti "Kiamat Itu Adalah Mursi", "Tak Ada Agama", "Agama Itu Perhambaan", dan lain-lain lagi.

Magda Elmahdy melakukannya di Kedutaan Besar Kaherah di Stockholm, Sweden pada hari Khamis (20/12/2012). Padahal ketika itu, suhu di Stockholm sedang berada di bawah darjah sifar.
 
laknatkan lah ke atas mereka yang menentang kewujudan khilafah di Mesir dan Syria
 
Aliaa Magda Elmahdy 22, difoto sepenuhnya telanjang dan memegang bendera Mesir di luar kedutaan negaranya di Stockholm pada hari Khamis walaupun suhu di bawah sifar di ibu negara Sweden.

Magda Elmahdy sendiri tidak bersendirian. Dia ditemani oleh dua orang perempuan ahli organisasi feninis Sweden, Femen. Femen sendiri sudah dikenali sebagai aktivis perempuan telanjang dada dan penggunaan seks sebagai citra rasa mereka, demikian menurut Gulf News.

Jelas sekali, semua slogan yang dibawa oleh Magda Elmahdu menyerang Presiden Mesir Muhammad Mursi dan Islam.

Ini sebenarnya bukan pertama kali Elmahdy berbogel. Mahasiswi di American University of Cairo ini sebelumnya pada bulan Oktober 2011 mencatat gambar bogel dirinya di blognya untuk memprotes kebebasan bersuara di Mesir.
 
Read More

Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, dalam salah satu bukunya menyatakan dengan tegas bahawa, "Antara Israel (Yahudi) dengan Syiah tidak pernah ada masalah. Justeru musuh kami yang hakiki adalah sel-sel organisasi 'pengganas' Palestin, dan orang-orang Syria yang banyak membantu organisai-organisasi 'pengganas' ini! "


Dalam buku, Sharon mengeluarkan sebuah buku yang berjudul "Warrior", dia menulis bahawa Syiah mungkin sudah seperti saudara sendiri bagi Israel. Ap alagi dalam judul buku disebutkan "Aku akan bercakap tentang orang-orang yang aku cintai."

Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Kuasanya sebagai perdana menteri kemudian digantikan oleh Perdana Menteri (sementara) Ehud Olmert kerana terkena serangan stroke pada Januari 2006. Dia mengalami koma dalam waktu yang lama sehingga tidak mungkin untuk kembali menjalankan tugas-tugas sebagai pemimpin kerajaan.

Dia lahir di Kfar Malal (Mandat British Palestin) dan tampil sebagai pemimpin politik dan tentera berbangsa Israel. Sharon juga pernah menjadi pemimpin Likud, parti terbesar dalam gabungan kerajaan dalam parlimen Israel, Knesset, sehingga dia mengundurkan diri dari parti tersebut pada 21 November 2005. Dia kemudian membentuk parti baru bernama Kadima.


Selama tiga puluh tahun Sharon berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Israel. Pangkat tertingginya ialah Mejar Jeneral. Dia menjadi terkenal di Israel kerana penglibatannya dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.

Ariel Sharon juga bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan Qibya pada 13 Oktober 1953 di mana ketika itu 96 orang Palestin dibunuh oleh Unit 101 yang dipimpinnya dan pembunuhan Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982 yang mengakibatkan antara 3000 hingga 3500 orang terbunuh, sehingga dia digelar sebagai 'Tukang sembelih dari Beirut '.

Read More

Kenapa Ada Objek Di Hadapan Orang Bersolat?


Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?

Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul. Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat. Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.

Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu.  Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas.  Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek.  Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.

Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.

Jika tuan/puan tidak pernah melihatnya atau tidak ingat, berikut beberapa gambar sebagai contoh:

Almari 
 
Tiang 
 
Peluru kereta kebal 
 
 
Kerusi 


 
Kenapa mereka perbuat begitu?

Hal ini berlaku demikian kerana mereka faham akan sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam!

Sutrah adalah Sunnah Nabi SAW Ketika Bersolat
 
Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah sutrah.

Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:

1)

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْنَ الْجِدَارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ

“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.”

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

2)

بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ

“Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

3)

كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ

ِ”Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.”

(HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

4)

وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا

Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut.

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

5)

صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ

“Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.”

(HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)

6)

اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ

“Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.”

(HR Muslim dan Abu Daud)

Itulah beberapa hadith yang sempat dikongsikan di sini untuk kita sama-sama fahami bahawa bersutrah iaitu meletakkan objek pembatas ketika bersolat memang suatu sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Sayangnya, pengetahuan mengenainya sangat kurang di kalangan masyarakat kita.

Secara Ringkas
 
Secara ringkas mengenai hukum sutrah ialah seperti berikut:
  • Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bersutrah, samada wajib atau sunat.  Yang terbaik dan dekat dengan sunnah Nabi ialah bersutrah ketika solat, iaitu dengan meletakkan objek sebagai pembatas kawasan solat.
  • Apabila bersolat seorang diri, sutrah diadakan oleh orang bersolat sendirian itu.  Apabila bersolat secara berjemaah, sutrah diadakan oleh imam sahaja.  Makmum tidak perlu mendirikan sutrah kerana sutrah makmum ialah sutrah imam yang diikutinya.
  • Jika tiada sutrah, bolehlah dibuat garisan sebagai ganti sutrah.
  • Jarak antara tempat sujud dan sutrah ialah sekadar saiz jarak yang membolehkan anak kambing melaluinya.  (bukan sebab hendak beri orang atau anak kambing melaluinya.  Ia adalah untuk anggaran jarak.)
  • Jika ada orang hendak melalui kawasan antara orang yang bersolat dan sutrah, maka hendaklah orang bersolat itu menahan dan melarang.
Semoga dengan mengetahui hal ini, kita semua dapat menghidupkan sunnah bersutrah ketika melakukan solat, in shaa’ ALLAH, amin.

Allahu A`lam.

Read More

Friday, December 21, 2012

Kenapa Noh Hujan Mengamuk??


Video temubual bersama lan pet pet, wahid, johan dan usop wilcha. Pada mulanya semua ok tapi diminit 06:27 tiba-tiba sahaja noh hujan mengamuk dan keadaan menjadi tegang! Klik sini untuk tonton video http://goo.gl/88cvx
Read More

Azan Di Telinga Bayi, Hadis Dho’if (Lemah) ?



Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Alhamdulillah wash sholaatu was salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Adalah sudah menjadi amalan dikalangan para ayah yang menyambut anaknya yang baru lahir dengan azan ditelinga kanan dan iqamah ditelinga kiri. Juga didalam kursus kahwin terdapat modul yang memberitahu perkara ini sebagai panduan bagi pihak lelaki. Sebenarnya, permasalahan pada amalan ini adalah pada hadith yang menganjurkannya ini adalah dho’if (lemah).


Hadith pertama

Dari ‘Ubaidillah bin Abi Rofi’, dari ayahnya (Abu Rofi’), beliau berkata,

Aku telah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengumandangkan adzan di telinga Al Hasan bin ‘Ali ketika Fathimah melahirkannya dengan adzan shalat”.
(HR. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

Perbincangan:
Ada 6 perawi dalam hadith ini, iaitu:

1. Musaddad
2. Yahya
3. Sufyan
4. ‘Ashim bin ‘Ubaidillah
5. ‘Ubaidullah bin Abi Rofi’
6. dan Abu Rofi’

Yang menjadi masalahnya adalah perawi bernama ‘Ashim bin ‘Ubaidillah.
- Ibnu Hajar menilai ‘Ashim dho’if (lemah).
- Adz Dzahabi mengatakan bahwa Ibnu Ma’in mengatakan ‘Ashim dho’if (lemah).
- Al Bukhari dan selainnya mengatakan bahwa ‘Ashim adalah munkarul hadith (sering membawa hadith munkar)

Hadith kedua

Dari Al Husain bin ‘Ali, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Bayi siapa saja yang baru lahir, lalu diadzankan di telinga kanan dan dikumandangkan iqomah di telinga kiri, maka ummu shibyan tidak akan membahayakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Ibnu Sunny dalam Al Yaum wal Lailah).

*Ummu shibyan adalah jin (perempuan)

Perbincangan:
Ada 5 perawi dalam hadith ini, iaitu:

1. Jubaaroh
2. Yahya bin Al ‘Alaa’
3. Marwan bin Salim
4. Tholhah bin ‘Ubaidillah
5. Husain

Yang menjadi masalahnya ialah:
- Jubaaroh dinilai oleh Ibnu Hajar dan Adz Dzahabi dho’if (lemah).
- Yahya bin Al ‘Alaa’ dinilai oleh Ibnu Hajar orang yang dituduh dusta dan Adz Dzahabi menilainya matruk (harus ditinggalkan).
- Marwan bin Salim dinilai oleh Ibnu Hajar matruk (harus ditinggalkan), dituduh lembek dan juga dituduh dusta.
- Sheikh Al Albani dalam Silsilah Adh Dho’ifah no. 321 menilai bahwa Yahya bin Al ‘Alaa’ dan Marwan bin Salim adalah dua orang yang sering memalsukan hadith.

Hadith ketiga

Dari Ibnu Abbas, beliau mengatakan,

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adzan di telinga al-Hasan bin ‘Ali pada hari beliau dilahirkan maka beliau adzan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.”
(Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman)

Perbincangan:
Ada 8 perawi dalam hadith ini, iaitu:

1. Ali bin Ahmad bin ‘Abdan
2. Ahmad bin ‘Ubaid Ash Shofar
3. Muhammad bin Yunus
4. Al Hasan bin Amru bin Saif As Sadusi
5. Qosim bin Muthoyyib
6. Manshur bin Shofiyah
7. Abu Ma’bad
8. Ibnu Abbas.

Al Baihaqi sendiri didalam kitabnya Syu’abul Iman menilai hadith ini dho’if.
Yang menjadi masalahnya ialah perawi bernama Al Hasan bin Amru bin Saif As Sadusi.
- Al Hafidz berkata dalam Tahdzib At Tahdzib no. 538 mengatakan bahwa Bukhari berkata Al Hasan itu kadzdzab (pendusta)
- Ar Razi berkata Al Hasan itu matruk (harus ditinggalkan). Sehingga Al Hafidz berkesimpulan bahwa Al Hasan ini matruk (Taqrib At Tahdzib no. 1269).
Sekiranya terdapat seorang perawi yang matruk, maka kualiti perawi yang lain terpaksa diabaikan dalam hadith ini.

========================================================
Kesimpulannya adalah hadith – hadith tersebut dho’if (lemah) iaitu hadith yang tidak memenuhi syarat sahih seperti sanadnya terputus, menyelisihi riwayat yang lebih kuat (sahih) dan mempunyai illah (cacat). Namum begitu amalan azan di telinga bayi bukanlah suatu yang bid’ah atau dosa. Ianya masih boleh diamalkan tetapi tidak dinyatakan sama ada sunat ataupun wajib. Imam Malik memiliki pendapat yang berbeza iaitu beliau membenci perbuatan ini kerana ianya perkara yang tidak ada tuntunannya.Syeikh Al Albani pada awalnya menilai hadith azan ditelinga bayi sebagai hasan, namun kemudian telah meralat pendapat beliau sendiri sebagaimana beliau katakan dalam Silsilah Adh Dho’ifah no. 321.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui
Read More

Info Sehat, Kepentingan Nutrisi


Pencernaan yang bermasalah akan mengganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisma khasiat makanan.
Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil. 
Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.

Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.

Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut, alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit lain.

Cabaran memenuhi keperluan nutrisi

Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semakin membebankan sistem tubuh kita.

StresGaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.

Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.

Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semas memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.

Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi

Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.

Suplemen VitaminSuplemen vitamin dan mineral mungkin menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi. Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel. Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.

Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.


Panduan Semasa Memilih Suplemen:

  • Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak akan memberi kesan yang serupa kepada anda.
  • Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.
  • Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
  • Rujuk kepada doktor sebelum memukakan suplemen pemakanan, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, sedang hamil atau menyusukan bayi.
  • Jangan gunakan vitamin atau mineral sebagai pengganti kepada ubat atau menghentikan pengambilan ubat tanpa pengesahan doktor.
  • Vitamin larut-lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini boleh membawa kemudaratan. Vitamin larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.
  • Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.
  • Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.


Asas Pengambilan Suplemen

Suplemen pemakanan mesti diambil secara betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.

Beberapa panduan untuk memaksimakan manfaat suplemen:
Amalkan:
  • Ambil suplemen anda dengan air pada suhu bilik, bukan dengan air panas atau sejuk.
  • Baca arahan dengan betul sama ada ia patut diambil sebelum atau selepas makan.
  • Dapatkan nasihat berkenaan suplemen terutamanya jika anda seorang vegetarian, kerana anda mungkin kekurangan vitamin dan mineral yang penting.
Elakkan:
  • Minum kopi atau teh 15 minit sebelum mengambil suplemen kerana ia mengganggu penyerapan khasiat.
  • Bergantung semata-mata ke atas suplemen untuk nutrisi - anda masih memerlukan nutrisi mikro yang didapati daripada makanan.
  • Mengambil dos yang berlebihan kerana ia tidak akan mejadikan anda sihat dengan cepat.
Read More