Friday, December 21, 2012

Kenapa Noh Hujan Mengamuk??


Video temubual bersama lan pet pet, wahid, johan dan usop wilcha. Pada mulanya semua ok tapi diminit 06:27 tiba-tiba sahaja noh hujan mengamuk dan keadaan menjadi tegang! Klik sini untuk tonton video http://goo.gl/88cvx
Read More

Azan Di Telinga Bayi, Hadis Dho’if (Lemah) ?



Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Alhamdulillah wash sholaatu was salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Adalah sudah menjadi amalan dikalangan para ayah yang menyambut anaknya yang baru lahir dengan azan ditelinga kanan dan iqamah ditelinga kiri. Juga didalam kursus kahwin terdapat modul yang memberitahu perkara ini sebagai panduan bagi pihak lelaki. Sebenarnya, permasalahan pada amalan ini adalah pada hadith yang menganjurkannya ini adalah dho’if (lemah).


Hadith pertama

Dari ‘Ubaidillah bin Abi Rofi’, dari ayahnya (Abu Rofi’), beliau berkata,

Aku telah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengumandangkan adzan di telinga Al Hasan bin ‘Ali ketika Fathimah melahirkannya dengan adzan shalat”.
(HR. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

Perbincangan:
Ada 6 perawi dalam hadith ini, iaitu:

1. Musaddad
2. Yahya
3. Sufyan
4. ‘Ashim bin ‘Ubaidillah
5. ‘Ubaidullah bin Abi Rofi’
6. dan Abu Rofi’

Yang menjadi masalahnya adalah perawi bernama ‘Ashim bin ‘Ubaidillah.
- Ibnu Hajar menilai ‘Ashim dho’if (lemah).
- Adz Dzahabi mengatakan bahwa Ibnu Ma’in mengatakan ‘Ashim dho’if (lemah).
- Al Bukhari dan selainnya mengatakan bahwa ‘Ashim adalah munkarul hadith (sering membawa hadith munkar)

Hadith kedua

Dari Al Husain bin ‘Ali, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Bayi siapa saja yang baru lahir, lalu diadzankan di telinga kanan dan dikumandangkan iqomah di telinga kiri, maka ummu shibyan tidak akan membahayakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Ibnu Sunny dalam Al Yaum wal Lailah).

*Ummu shibyan adalah jin (perempuan)

Perbincangan:
Ada 5 perawi dalam hadith ini, iaitu:

1. Jubaaroh
2. Yahya bin Al ‘Alaa’
3. Marwan bin Salim
4. Tholhah bin ‘Ubaidillah
5. Husain

Yang menjadi masalahnya ialah:
- Jubaaroh dinilai oleh Ibnu Hajar dan Adz Dzahabi dho’if (lemah).
- Yahya bin Al ‘Alaa’ dinilai oleh Ibnu Hajar orang yang dituduh dusta dan Adz Dzahabi menilainya matruk (harus ditinggalkan).
- Marwan bin Salim dinilai oleh Ibnu Hajar matruk (harus ditinggalkan), dituduh lembek dan juga dituduh dusta.
- Sheikh Al Albani dalam Silsilah Adh Dho’ifah no. 321 menilai bahwa Yahya bin Al ‘Alaa’ dan Marwan bin Salim adalah dua orang yang sering memalsukan hadith.

Hadith ketiga

Dari Ibnu Abbas, beliau mengatakan,

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adzan di telinga al-Hasan bin ‘Ali pada hari beliau dilahirkan maka beliau adzan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.”
(Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman)

Perbincangan:
Ada 8 perawi dalam hadith ini, iaitu:

1. Ali bin Ahmad bin ‘Abdan
2. Ahmad bin ‘Ubaid Ash Shofar
3. Muhammad bin Yunus
4. Al Hasan bin Amru bin Saif As Sadusi
5. Qosim bin Muthoyyib
6. Manshur bin Shofiyah
7. Abu Ma’bad
8. Ibnu Abbas.

Al Baihaqi sendiri didalam kitabnya Syu’abul Iman menilai hadith ini dho’if.
Yang menjadi masalahnya ialah perawi bernama Al Hasan bin Amru bin Saif As Sadusi.
- Al Hafidz berkata dalam Tahdzib At Tahdzib no. 538 mengatakan bahwa Bukhari berkata Al Hasan itu kadzdzab (pendusta)
- Ar Razi berkata Al Hasan itu matruk (harus ditinggalkan). Sehingga Al Hafidz berkesimpulan bahwa Al Hasan ini matruk (Taqrib At Tahdzib no. 1269).
Sekiranya terdapat seorang perawi yang matruk, maka kualiti perawi yang lain terpaksa diabaikan dalam hadith ini.

========================================================
Kesimpulannya adalah hadith – hadith tersebut dho’if (lemah) iaitu hadith yang tidak memenuhi syarat sahih seperti sanadnya terputus, menyelisihi riwayat yang lebih kuat (sahih) dan mempunyai illah (cacat). Namum begitu amalan azan di telinga bayi bukanlah suatu yang bid’ah atau dosa. Ianya masih boleh diamalkan tetapi tidak dinyatakan sama ada sunat ataupun wajib. Imam Malik memiliki pendapat yang berbeza iaitu beliau membenci perbuatan ini kerana ianya perkara yang tidak ada tuntunannya.Syeikh Al Albani pada awalnya menilai hadith azan ditelinga bayi sebagai hasan, namun kemudian telah meralat pendapat beliau sendiri sebagaimana beliau katakan dalam Silsilah Adh Dho’ifah no. 321.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui
Read More

Info Sehat, Kepentingan Nutrisi


Pencernaan yang bermasalah akan mengganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisma khasiat makanan.
Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil. 
Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.

Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.

Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut, alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit lain.

Cabaran memenuhi keperluan nutrisi

Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semakin membebankan sistem tubuh kita.

StresGaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.

Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.

Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semas memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.

Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi

Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.

Suplemen VitaminSuplemen vitamin dan mineral mungkin menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi. Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel. Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.

Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.


Panduan Semasa Memilih Suplemen:

  • Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak akan memberi kesan yang serupa kepada anda.
  • Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.
  • Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
  • Rujuk kepada doktor sebelum memukakan suplemen pemakanan, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, sedang hamil atau menyusukan bayi.
  • Jangan gunakan vitamin atau mineral sebagai pengganti kepada ubat atau menghentikan pengambilan ubat tanpa pengesahan doktor.
  • Vitamin larut-lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini boleh membawa kemudaratan. Vitamin larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.
  • Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.
  • Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.


Asas Pengambilan Suplemen

Suplemen pemakanan mesti diambil secara betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.

Beberapa panduan untuk memaksimakan manfaat suplemen:
Amalkan:
  • Ambil suplemen anda dengan air pada suhu bilik, bukan dengan air panas atau sejuk.
  • Baca arahan dengan betul sama ada ia patut diambil sebelum atau selepas makan.
  • Dapatkan nasihat berkenaan suplemen terutamanya jika anda seorang vegetarian, kerana anda mungkin kekurangan vitamin dan mineral yang penting.
Elakkan:
  • Minum kopi atau teh 15 minit sebelum mengambil suplemen kerana ia mengganggu penyerapan khasiat.
  • Bergantung semata-mata ke atas suplemen untuk nutrisi - anda masih memerlukan nutrisi mikro yang didapati daripada makanan.
  • Mengambil dos yang berlebihan kerana ia tidak akan mejadikan anda sihat dengan cepat.
Read More

Sedih, Gambar menyentuh hati kanak-kanak palestin


Bayangkan mereka anak, adik atau saudara anda.....
Read More

Piltdown Man: Pembohongan Evolusi Manusia


Pada tahun 1912, Charles Dawson, seorang doktor terkenal yang juga merupakan ahli paleontologi amatur, mendakwa telah menemui satu tulang rahang dan serpihan tengkorak dalam sebuah lubang batu berhampiran desa Piltdown di England. Walaupun tulang rahang menyerupai beruk, tetapi gigi dan tengkoraknya menyerupai manusia.

Spesimen ini diberi nama Manusia Piltdown (Piltdown Man), dianggarkan berumur 500,000 tahun, dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi yang paling kukuh. Selama kira-kira 40 tahun, ia menjadi subjek kepada banyak kertas kerja saintifik, analisis dan pembinaan semula. Kira-kira 500 ahli akademik dari pelbagai universiti di seluruh dunia menyediakan tesis kedoktoran berdasarkan subjek Piltdown Man ini. 1br />
Dalam satu lawatan ke Muzium British pada tahun 1935, seorang ahli paleontologi tersohor Amerika bernama H.F. Osborn mengisytiharkan bahawa manusia Piltdown adalah "satu penemuan yang amat luar biasa tentang pra-sejarah manusia, dan menambah "Kita perlu selalu diingatkan bahawa alam penuh dengan paradoks... " 2

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley dari Jabatan Paleontologi Muzium British memohon kebenaran untuk melaksanakan teknik pentarikhan baru menggunakan ujian fluorida pada beberapa fosil lama. Ujian ke atas Manusia Piltdown telah mendedahkan bahawa tulang rahangnya tidak mengandungi fluorida. Ini menunjukkan bahawa ia berada di bawah tanah tidak lebih daripada beberapa tahun. Bahagian tengkorak juga mengandungi tahap fluorida yang rendah, menjadikannya berusia sekadar beberapa ribu tahun sahaja.

Kronologi siasatan selanjutnya yang dilakukan berdasarkan kaedah fluorida mengesahkan bahawa tengkorak berkenaan hanya berusia beberapa ribu tahun. Turut dibongkar ialah giginya telah digosok, serta artifak kuno yang ditemui bersama fosil tersebut hanyalah bikinan semula yang dibuat dengan perkakasan keluli moden. 3

Piltdown Man yang mula ditemukan oleh Charles Dawson pada tahun 1912 diterima sebagai satu penemuan ‘rantaian hilang’ yang hebat oleh golongan evolusionis. Mereka telah menipu dunia selama lebih kurang 40 tahun sebelum pembohongan ini dibongkar sepenuhnya oleh Joseph Weiner pada tahun 1953.

Dengan analisis terperinci yang dilakukan oleh Weiner, penipuan ini terbongkar sepenuhnya pada tahun 1953. Tengkorak itu berusia 500 tahun dan milik manusia, manakala tulang rahangnya adalah kepunyaan orang utan yang baru mati! Gigi tersebut sebenarnya telah ditambah dan sambungannya digosok untuk memberi gambaran yang ianya gigi manusia. Kemudian, semua bahagian telah dilumuri kalium dikromat untuk menjadikannya kelihatan usang. Apabila tulang tersebut diletakkan di dalam asid, lumuran itu pun hilang.

Le Gros Clark, seorang daripada pasukan yang membongkar penipuan tersebut, tidak mampu menyembunyikan rasa hairannya: "bukti lelasan tiruan segera muncul di depan mata. Hakikatnya, ia terlalu ketara sehinggakan dapat dipersoalkan – kenapa mereka gagal mengesannya sebelum ini?"4

Piltdown Man yang telah dipamerkan selama lebih kurang 40 tahun sebelum ini kemudian pantas dikeluarkan dari Muzium British.

1 Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids: Eerdmans, 1980, hal. 59.
2 Stephen Jay Gould, "Piltdown Revisited," Natural History, March 1979, hal. 98.
3 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark & J. S, "Piltdown," Meydan Larousse, Vol. 10, hal. 133.
4 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly," New Scientist, hal. 444.

http://silverheritage.blogspot.com/
Read More

Pergaduhan di Sungai Petani : Ada yang mengatakan yang kami tidak prihatin dengan isu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah yang dikatakan berlakunya baru-baru ini rusuhan kaum antara Melayu VS India yang berlanjutan berhari-hari di sana. 


Kata “mereka”. Melayu jenis apa kamu ini Berita Semasa? Adakah kamu tidak sayang bangsa kamu sendiri?
Ha….benarkah? Kalau begitu kami daripada pasukan
Berita Semasa akan menghantar satu bas untuk mempertahankan agama & Islam di Kedah, Malaysia sekarang ini juga. Allahuakhbar!!
Macam-macam versi cerita yang keluar mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kampung Nahu, Sungai Petani Kedah baru-baru ini….Ini beberapa kemaskini yang dilakukan oleh segelintir individu yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama anda di sini….
  1. Ada yang mengatakan kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
  2. Khabar angin kononnya ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat
  3. Dan macam-macam lagilah……
Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah : Pelbagai Versi Cerita

Facebook Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?
“Ada yang mudah terpengaruh dan ada juga yang melakukan analisa berita terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk terus mempercayainya”
Paya Nahu Sungai Petani Kedah Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Erm…..Beginilah. Mengapa…..
Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi “semangatnya” melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut?
Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes pergaduhan di Sungai Petani seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan di Sungai Petani bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh?
Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng sehingga seperti mahu melihatkan rusuhan di Sungai Petani benar-benar terjadi. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhean tidak perlulah terlalu mengikut emosi mempercayai rusuhan di Sungai Petani, Kedah benar-benarterjadi dan biarkan polis menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya….
“Tidak perlulah melibatkan kaum dan agama dalam isu-isu seperti ini semata-mata mahu menghalalkan tindakan daripada segelintir pihak seperti _____ & _______”

Ayahanda Cik Joe Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!

India Melayu Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?
Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)
  • Sebenarnya, kes pergaduhan di Sungai Petani berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  • Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan
Rusuhan Kaum Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?
P/S : Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk sebenarnya…
PP/S : Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu ini (kes pergaduhan di Sungai Petani contohnya) tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya…

Read More

36 ditahan terlibat kes gaduh di Sg Petani


Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani

Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.
“Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.

Katanya polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan.

Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat.

Katanya apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.

Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.

“Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta,” katanya.

Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segera menghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dan sensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugat ketenteraman awam.

Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu.

“Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal, masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuil atau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger,” kata Ahmad.

Bernama


Read More