Monday, November 5, 2012

Isteri peniaga balak mati ditembak



Dalam satu kejadian yang dipercayai melibatkan pembunuh upahan, isteri seorang peniaga balak maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ketika pasangan itu, bersama sepasang lagi suami isteri, duduk di sebuah meja di kaki lima sebuah kafe di Jalan Pahlawan di Sibu tengah hari ini.

Law Leh Kuong, 44, yang ditembak di kepala pada jarak dekat, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira tiga jam selepas kejadian yang berlaku pada 12.10 tengah hari di luar 101 Cafe itu.

Selepas menambak mangsa, lelaki berkenaan, yang bersenjatakan senapang pam, melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira merah yang turut dinaiki tiga rakannya.
    
Suami Law, Lau Ngik Yin alias Ah Kang, 42, yang juga pengusaha pusat hiburan, cedera di leher dan belakang, manakala sepupunya, yang duduk bersama isterinya, cedera ringan.

Keempat-empat mereka duduk di sebuah meja di luar cafe berkenaan apabila penyerang tersebut tiba dengan sebuah kereta dan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Bernama difahamkan polis sedang menyiasat kes itu yang berkemungkinan melibatkan kegiatan kongsi gelap dan judi haram.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani berkata Law meninggal dunia akibat kecederaan di kepala pada pukul 3.15 petang.

Kata beliau ketika mangsa menyertai Lau dan sepupu suaminya serta isterinya untuk makan tengah di tempat berkenaan, sebuah Proton Wira merah berhenti berhampiran mereka.

"Dua daripada empat lelaki turun dari kereta itu dan seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya.

Bernama
Read More

Friday, November 2, 2012

Buku 'Seks Islam' Diharamkan


Kerajaan akhirnya mengharamkan buku kontroversi "Seks Islam" yang diterbitkan Kelab Isteri Taat.

Read More

AES 'Banyak Kecacatan', Perlu Kaji Semula


Parti GERAKAN menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menjalankan kajian lanjut memandangkan banyak aduan diterima daripada masyarakat.

Read More

Thursday, November 1, 2012



Seorang kerani akaun maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut di KM7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke George Town, awal pagi ini.

Read More

Anggota Parlimen Setuju AES Ditangguhkan



Rata-Rata anggota Parlimen bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan.

Read More

Jangan Bayar Kompaun AES


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyeru orang ramai tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya hadir mempertahankan diri di mahkamah.

Read More

Kisah Penggali Kubur


Pak Mustapo, begitulah nama seorang penggali kubur profesional yang agak veteran jugak usianya. Walaupun beliau selalu berhadapan dengan kubur dan kematian tapi sikit pun beliau tak mengambil sebarang ikhtibar dari situasi tersebut. Apa yang penting baginya ialah duit.

Read More