Thursday, November 8, 2012

Untungnya Kita Menjadi Orang Islam




1. Bila saya memberi salam kepada seseorang ( bukan hi ! atau hello ! ), saya dapat pahala.

2. Bila saya memberi senyuman kepada seseorang, saya dapat pahala.

3. Bila saya membalas “sallallahu alaihi wassalam” ketika mendengar nama Rasulullah, saya dapat pahala 10 kali ganda setiap kali.

4. Saya sembahyang bersama keluarga jika tidak dapat ke surau atau masjid, saya dapat pahala 27 kali ganda.

5. Saya ajar anak saya perkara yang baik, saya dapat pahala setiap apa yang saya ajar, apa yang mereka amalkan dan orang yang tiru apa yang anak saya amalkan.

6. Saya baca satu perkataan dari al-Quran, saya dapat pahala 10 kali ganda untuk setiap perkataan (berapa yang boleh kita dapat kalau kita baca satu muka surat).

7. Saya mulakan apa – apa perbuatan (yang baik) dengan ‘Bismillah’, saya dapat pahala.

8. Saya memakai seluar yang singkat (atas sedikit dari buku lali), saya dapat pahala (sunnah Rasulullah S.A.W. memakai seluar cara begitu).

9. Saya dapat pahala bagi setiap kutukan terhadap cara saya pakai seluar seperti sunnah Nabi S.A.W.

10. Saya menyimpan janggut, saya dapat pahala.

11. Saya memakai jubah dan kawan saya meniru saya, saya dapat pahala kerana saya pakai dan kerana mereka mengikut saya.

12. Saya membuang email yang tidak elok, saya dapat pahala.

13. Saya memikirkan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala.

14. Saya lakukan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala 10 kali ganda.

15. Saya dapat pahala bagi semua cerita yang tidak elok yang saya tidak tengok di televisyen.

16. Saya dapat pahala bagi semua lagu yang tidak elok yang saya tidak dengar di radio.

17. Saya menghantar mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.

18. Saya membaca mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.

19. Saya melakukan apa yang diajar dalam mesej – mesej itu, saya dapat pahala.

20. Jika saya tidak yakin dengan maklumat tersebut dan mencari kebenaran melalui sumber – sumber yang betul, saya dapat pahala.

21. Jika kawan saya amalkan mengikut maklumat yang saya hantar pada mereka, saya dapat pahala.

22. Dan jika kawan saya tadi juga hantar maklumat kepada kawan mereka, saya dapat pahala.

23. Walaupun mereka itu hanya baca dan delete selepas membaca, saya dapat pahala.

24. Saya kawal kemarahan saya, saya dapat pahala.

25. Saya belikan gula – gula untuk anak saya, saya dapat pahala.

26. Saya beli kaset atau vcd berkaitan Islam, saya dapat pahala.

27. Saya tonton bersama dengan keluarga saya, saya dapat pahala.

28. Saya amalkan apa yang cd atau vcd itu ajar, saya dapat pahala.

29. Saya takutkan Allah lalu tidak membeli cd cerita yang tidak elok, saya dapat pahala.

30. Saya tidak tonton wayang, saya dapat pahala.

31. Saya minum air dengan pegang gelas menggunakan tangan kanan, saya dapat pahala.

32. Saya pergi membeli – belah dengan menutup aurat, saya dapat pahala.

33. Saya tulis ini, saya dapat pahala.

34. Anda baca ini, anda dapat pahala.

35. Anda ajak kawan anda baca artikel ini, kita semua dapat pahala.

Subhanallah !

saya hanya dapat terangkan sedikit sahaja

perkara – perkara yang kita boleh dapat pahala,

insha Allah.

Cuba fikirkan pahala yang kita dapat daripada kita

bersolat, berpuasa, mengajar, dan sebagainya.

Subhanallah



Glorify Allah Always

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakbar

Lahowla wolakuwatha illa billa

May Allah make us all the winners of His Jannathul Firdaus.

Amin
Read More

Wednesday, November 7, 2012

Pemandu kereta jenazah maut dipanah petir


Seorang pemandu kereta jenazah mati dipanah petir di sebuah tanah perkuburan dekat Kota Kinabalu hari ini.
    
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian itu berlaku semasa Daniel Rodie, 34, berlindung daripada hujan di sebuah pondok di Tanah Perkuburan Taman Century, Luyang.
    
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.50 petang selepas mangsa selesai menghantar mayat untuk dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.
    
"Polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.25 petang," katanya dalam kenyataan.
    
Jauteh berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.
    
- Bernama
Read More

Tuesday, November 6, 2012

Iklan Deepavali Petronas jadi sasaran pengkritik


 Iklan Petronas tahun ini untuk mengucapkan selamat menyambut 'Perayaan Deepavali' kepada penganut agama Hindu, begitu jauh berbeza daripada hasil karya Yasmin Ahmad yang mengetengahkan unsur kasih sayang, amat bermakna dan sukar dilupai.
Menurut mereka yang telah  menyaksinya, klip perayaan selama tiga minit itu bertajuk 'Let's do the Dappan' - sebuah muzikal yang menggambarkan orang ramai menari di jalan -  adalah tidak sesuai.
Wikipedia menerangkan 'Dappan Kuthu' sebagai: 'Instrumen ini boleh didengar dimainkan di rumah-rumah di mana kematian telah berlaku untuk mengurangkan atau untuk menyekat bunyi tangisan atau untuk memberitahu orang lain tentang kematian di kampung-kampung Tamil. Rentak tersebut dipanggil Saavu Adi.

(*Wikipedia explains ‘Dappan Kuthu' as: 'This instrument can be heard being played in houses where death has occurred to reduce or to suppress the sound of crying or to inform others about a death in Tamil villages. The particular beat employed is called Saavu Adi.)
NONE
Dilancarkan diYouTube pada hari Ahad, iklan 'Happy Deepavali' itu dijangka mula ke udara hujung minggu ini dan telah pun menarik komen negatif dalam media sosial.

Bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia A Vaithilingam berkata ia adalah sebuah iklan yang kontroversi dari mula-mula lagi, dan menunjukkan watak-watak pemuda India ala samseng yang menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.

Katanya ia memaparkan unsur negatif terhadap kaum India seperti bahagian yang menunjukkan mereka menyebabkan kesesakan lalulintas dengan menari di tengah-tengah jalan.

Menurutnya lagi, ia menunjukkan seolah-olah kaum India harus dipersalahkan kerana menyebabkan kesesakan lalulintas.
Oleh itu, tegasnya, ia perlu dihentikan dan dikeluarkan serta-merta daripada YouTube dan daripada ke udara.
Senator S Ramakrishnan yang telah menyaksikan klip itu di YouTube, berkata walaupun iklan Petronas disasarkan kepada golongan belia, tetapi ia mengagungkan trend yang tidak lama lagi akan pudar.

Menurutnya, klip itu tidak mewakili budaya masyarakat India yang berusia lebih 5,000 tahun atau sentimen menyambut Deepavali di kalangan penganut Hindu di seluruh dunia.

"Iklan itu tidak menggambarkan budaya India, tetapi berdasarkan trend semasa filem-filem Tamil yang menggambarkan keganasan, kegiatan samseng dan mengagungkan bintang-bintang filem," katanya.



Read More

Monday, November 5, 2012

Segmen: Follower bawah 400

http://fendy1302.blogspot.com/2012/11/segmen-follower-bawah-400.html


Jom sama-sama kita meriahkan sengmen : follower bawah 400 anjuran Menulis & Menconteng . Segmen adalah agak penting untuk blog kita dikenali disamping menjalin hubungan antara komuniti kita blogger.

Read More

Cara Unik Basuh Motorsikal (gambar)


Suara13: Hahaha....macam-macam hal. Kalau sayang sangat motor pun tak payah la sampai masuk bilik mandi.

Read More

Iman semut vs Iman manusia



IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam,
kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Wallahu'alam
Read More

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

"Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi.

"... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).

pakatan seremban mega rally 031112 1"(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," kata Anwar yang juga ketua umum PKR di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi.

Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta.

"Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN.

Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak.

Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat.

Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan.

"Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu.

Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut.

"(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

"Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13.

pakatan seremban mega rally 031112 anwar"Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya.

Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni.







sumber
Read More