Wednesday, October 10, 2012

Kisah Pengorbanan Isteri Yang Menyayat Hati


Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Read More

Kecoh apabila Datuk M. Nasir dikatakan telah menyanyikan lagu Panji Keadilan. Ianya berpunca daripada video Lagu Keadilan: Panji Keadilan yang telah dimuat naik oleh Azmin Ali (PKR) ke laman Youtube minggu lalu.

Read More

Ranking Kelajuan Internet Malaysia Tercorot

Berdasarkan ranking yang terpapar di www.netindex.com Malaysia berada di tangga ke 92! dengan download speed hanya 4.47Mbps jauh ditinggalkan oleh Thailand di tangga ke 61 (download speed 8.48Mbps). Manakala Singapura pula berada di tangga ke 6 (download speed 33.32Mbps).

Read More

Tuesday, October 9, 2012

Amy Cheong Hina Perkahwinan Melayu!


Seorang warga negara Singapura bernama Amy Cheong telah update status di Facebook beliau dengan ayat-ayat yang secara jelas menghina orang Melayu-Islam. Berdasarkan berita, beliau melakukan yang sedemikian rupa kerana tertekan dengan keadaan yang bising berhampiran rumah beliau disebabkan oleh suatu majlis perkahwinan Melayu.
Read More

Tony Blair Akui Kehebatan Al-Quran


LONDON: Tony Blair berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai iman.

"Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global," katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna.

Read More

Budak-Budak Sekolah Zaman Sekarang

Read More

15 Kesilapan Ibu-bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) 
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 

Read More